Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki koyak telinga selepas kemalangan

-

MIRI: Cuping telinga kiri seorang lelaki terkoyak selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan kendiri di Jalan Miri-Bintulu di sini, awal pagi semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut daripada orang awam pada jam 1.29 pagi.

Menurutnya, kemalangan melibatkan seorang mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 50-an.

“Tiga anggota APM diketuai Lans Koperal (PA) Chia Ramlee bergerak ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Setibanya di lokasi, anggota APM telah membuat rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia