Utusan Borneo (Sarawak)

Petani terkejut rumah kebun dipecah masuk

-

MIRI: Seorang petani terkejut selepas rumah kebun miliknya di Jalan Tegageng, Niah dekat sini dipecah masuk, barubaru ini.

Menurut sumber, mangsa seorang lelaki berusia 52 tahun, baharu menyedari rumah kebun- nya di pecah masuk kirakira jam 5.30 petang Isnin lalu selepas dimaklumka­n anak saudaranya.

Sejurus itu, mangsa segera pergi ke rumah kebunnya untuk membuat pemeriksaa­n dan mendapati keadaan berselerak serta beberapa barang hilang.

Difahamkan, antara barang yang hilang ialah tong gas, televisyen, kasut, telefon, dompet, pintu dan wang.

Susulan kejadian itu, mangsa telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia