Utusan Borneo (Sarawak)

Seni warisan tradisi kian pupus ekoran kepesatan teknologi

-

KOTA SAMARAHAN: Seni warisan tradisi kini kian pupus dalam generasi baharu ekoran kepesatan kemajuan teknologi.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, generasi baharu lebih mahir dengan permainan moden sehingga mereka kurang mengetahui dan menguasai seni warisan terdahulu.

“Era zaman digital yang serba maju meletakkan kita dalam dilema sama ada mencari peluang baharu atau meninggalk­an tradisi kita yang dianggap tidak relevan lagi oleh sesetengah pihak.

“Hakikatnya kita menerima cabaran yang hebat apabila warisan tradisi kita telah diganti dengan kemaraan teknologi maklumat yang tidak dapat dibendung lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguha­n Bengkel Gendang Melayu Sarawak di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdil Razak (IPGTAR) di sini, semalam.

Sehubungan itu, Abdul Karim memberitah­u, kemente- riannya sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada usaha untuk terus menghidupk­an warisan seni budaya gendang yang cukup popular di kalangan masyarakat Sarawak agar ia tidak lenyap begitu sahaja selari dengan arus pemodenan hari ini.

Tambahnya, usaha yang dilakukan pihak IPGKTAR, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak bersama kementeria­nnya menerusi penganjura­n bengkel gendang Sarawak adalah langkah tepat untuk terus menghidupk­an budaya gendang di negeri ini.

Menurutnya lagi, tidak menghairan­kan apabila generasi muda sekarang lebih kenal dengan permainan moden serta gajet-gajet canggih di tangan.

“Inilah cabaran paling getir kita hadapi apabila masa mereka banyak diisi dengan permainan video di Internet berbanding melibatkan diri dalam aktiviti bergendang, bermukun dan bertandak ini.

“Keadaan lebih parah apabila generasi sekarang terpaksa mendepani Revolusi Industri 4.0 ini. Hal ini kerana kebanyakan kerja dan aktiviti seharian kita diambil alih oleh kecanggiha­n teknologi yang dihasilkan oleh tangan manusia sendiri,” tegasnya.

Hadir sama Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Timbalan Pengarah IPGTAR Dr Rahmah Morshidi dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? HIDUPKAN WARISAN KITA: Abdul Karim menyampaik­an hadiah kepada peserta bengkel sambil ditemani Rubiah (dua kiri) dan Rahmah (kanan) serta tetamu kehormat lain.
HIDUPKAN WARISAN KITA: Abdul Karim menyampaik­an hadiah kepada peserta bengkel sambil ditemani Rubiah (dua kiri) dan Rahmah (kanan) serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia