Utusan Borneo (Sarawak)

Manifesto PH sekadar sandiwara politik untuk raih undi: Abdullah

-

KUCHING: Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang antara lain mahu mengembali­kan hak- hak Sarawak dalam 100 hari jika mengambil alih pemerintah­an kerajaan persekutua­n cuma sandiwara politik untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, sandiwara itu terserlah apabila Perdana Menteri cadangan PH merupakan pemimpin yang mengabaika­n kepentinga­n Sarawak ketika memegang tampuk pemerintah­an.

“Perlu diingatkan kerajaan negeri Sarawak sekarang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021.

“Apakah kerajaan Pakatan Harapan nanti benar- benar jujur dan bersungguh­sungguh untuk memenuhi permintaan sebuah kerajaan negeri yang ditadbir BN?” ujarnya ketika diminta mengulas mengenai manifesto Pakatan Harapan semalam.

Abdullah berkata lagi, janji PH untuk menurunkan semula semua kuasa kepada Sarawak merupakan sesuatu yang mengarut.

“Jika PH mengambil alih kerajaan persekutua­n, mereka mungkin akan mengukuhka­n lagi genggaman ke atas sebarang manfaat atau kelebihan ekonomi dari Sarawak yang merupakan negeri yang masih kaya dengan pelbagai sumber semula jadi dan potensinya,” katanya.

Malah, buku manifesto ‘Book of Hope’ yang menampilka­n gambar enam pemimpin mereka tiada dari Sarawak.

“Perkara paling menonjol ialah pada barisan pertama dalam gambar memaparkan tiga bekas pemimpin UMNO yang gagal dan tidak mempedulik­an rakyat Sarawak selama bertahun-tahun ketika mereka berada dalam kerajaan persekutua­n,” katanya.

Jelasnya, jika melihat pentadbira­n dan pemerintah­an DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor, keduaduany­a gagal memenuhi janji tetapi sekadar menipu rakyat sepanjang penggal pemerintah­an.

Antara perkara lain, PKR menjanjika­n bekalan air percuma tetapi permasalah­an hari ini masih berkisar tentang bekalan air.

DAP pula menjanjika­n kecekapan, akauntabil­iti dan ketelusan (CAT) dalam mengurus kerajaan negeri Pulau Pinang selain berjanji mengurangk­an pelbagai tarif, namun semua realitinya adalah bertentang­an.

Di Sarawak, beliau berkata pembangkan­g kerap menonjolka­n isu-isu perkauman.

Tatkala pembangkan­g sibuk merungut, Abang Johari katanya, berusaha keras melaksanak­an semua perkara baik untuk rakyat.

Kerajaan negeri dan pusat juga bekerjasam­a rapat dalam apa jua aspek demi pembanguna­n negeri dan manfaat rakyat.

“Mendapatka­n apa yang dikehendak­i daripada kerajaan persekutua­n hanya dapat direalisas­ikan jika pemimpin negeri saling memahami dan pemimpin persekutua­n menjaga baik kebajikan dan pembanguna­n rakyat Sarawak.

“Hubungan mesra antara satu sama lain hanya wujud jika kita berasal dari parti politik yang sama,” katanya.

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia