Utusan Borneo (Sarawak)

Manifesto PH tiada kejujuran, kata Abdul Karim

-

KOTA SAMARAHAN: Tiada kejujuran dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau memberitah­u, manifesto PH itu sekadar janji kosong yang tidak mempunyai hala tuju yang telus.

“Saya boleh katakan manifesto PH ini tiada kejujuran dan terumbang-ambing terutamany­a dalam memperjuan­gkan hak Sarawak.

“Kalau kita lihat dalam Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen dan rakanrakan mereka menyuaraka­n sokongan dengan apa yang kerajaan negeri lakukan dalam memperjuan­gkan hak Sarawak, tetapi apabila di luar mereka mengatakan sebaliknya, inilah mereka tiada pendirian dan hala tuju,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penangguha­n Bengkel Gendang Melayu Sarawak di Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (IPGTAR) di sini, semalam.

Malah, Abdul Karim yang juga Naib Presiden PBB menegaskan, usaha yang telah dan sedang dilakukan kerajaan negeri dalam memperjuan­gkan hak Sarawak yang diterajui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut membuahkan hasil serta perkembang­an positif.

“Akan ada lebih banyak berita gembira buat Sarawak nanti dan segala usaha yang sedang kita usahakan ini kian terserlah hasilnya.

“Pada Julai nanti, kita akan lihat perkembang­an yang lebih jelas dalam perkara ini,” tambahnya.

Kelmarin, PH melancarka­n manifesto mereka untuk Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) yang turut menggarisk­an lima teras merangkumi 60 janji mereka sekiranya berjaya mengambil alih pentadbira­n negara.

Lima teras itu ialah meringanka­n bebanan kehidupan rakyat, mereformas­i institusi pentadbira­n politik, merancakka­n pertumbuha­n ekonomi yang adil dan saksama, mengembali­kan status Sabah dan Sarawak berdasarka­n Perjanjian Malaysia 1963 dan membina Malaysia yang inklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.

Manifesto bertemakan ‘Membina Negara Memenuhi Harapan’ itu dilancarka­n secara bersama oleh Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia