Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain industri perlu diserap ke dalam rantaian nilai digital global, tingkat keupayaan wujud peluang perniagaan: KM

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Industri pelanconga­n Sarawak perlu serius dalam strategi pemasaran digital, reputasi dalam talian dan penggunaan media sosial untuk mempromosi­kan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pemain industri perlu diserap ke dalam rantaian nilai digital global, selain memperbaik­i keupayaan dan kebolehan untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan daripada pelanconga­n digital.

“Maka itu, Sarawak perlu merancang dan melaksanak­an inisiatif bagi merangsang daya saing pemain dalam industri pelanconga­n negeri.

“Kita harus melihat dengan serius strategi pemasaran digital, reputasi dalam talian serta penggunaan media sosial dan telefon bimbit menurut pengalaman pelang- gan,” ujarnya dalam teks ucapan yang dibacakan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada perasmian Fo- rum Pelanconga­n Digital 2018 anjuran Persatuan Usahawan China-ASEAN (ACEA) di sini, semalam.

Hadir sama Presiden ACEA Datuk Stanley Ling, Naib Presiden Kanan ACEA Eddie Wee dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Abang Johari berkata, Sarawak harus meneliti peraturan bagi memastikan padang permainan yang sama rata, pemilikan data besar serta akses kepada teknologi.

Beliau berkata, ekonomi digital adalah cara untuk maju ke hadapan bagi Sarawak sekali gus melonjak ke arah status negeri maju dan ekonomi berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

Katanya, sektor pelanconga­n perlu merebut peluang daripada ledakan teknologi digital untuk memasarkan pelanconga­n.

“Pelanconga­n merupakan sektor ekonomi yang sedang meningkat naik dan diberi tumpuan dan penekanan oleh kerajaan Sarawak dan pada 2017, Sarawak mencatatka­n 4.86 juta pelawat dengan perbelanja­an keseluruha­n sebanyak RM8.59 bilion yang menyumbang kepada 7.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),” jelasnya.

Sarawak katanya, menjangkak­an ketibaan pelancong akan terus meningkat dan menetapkan sasaran 5.25 juta pelancong pada 2018.

Abang Johari berkata, negara-negara ASEAN sebagai jiran terus menjadi sumber pelawat utama yang menyumbang kepada 48.98 peratus atau 2.38 juta pengunjung pada 2017.

“Sarawak mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan kepada mereka yang mencari pengalaman pelanconga­n yang tidak begitu konvension­al.

“Dengan hutan hujannya yang hijau dan subur, flora dan fauna yang pelbagai serta kumpulan etnik pelbagai budaya dan agama, Sarawak sedang meletakkan dirinya sebagai sebuah destinasi kebudayaan, pengembara­an dan alam semula jadi atau ‘Culture, Adventure and Nature’ (CAN),” kata beliau.

Sehubungan itu katanya, penting bagi sektor korporat untuk mempermuda­h dan mewujudkan platform untuk Sarawak berkongsi maklumat, saling memberi inspirasi, menerokai peluang perniagaan dan mewujudkan dagangan dua hala bersama ASEAN dan negara lain di rantau ini.

 ??  ?? CANGGIH: Abdul Karim (dua kanan) bersama Wee (kanan), Ling (dua kiri) dan Kadim (tiga kanan) menunjukka­n tanda bagus semasa melawat pameran teknologi digital sempena forum tersebut.
CANGGIH: Abdul Karim (dua kanan) bersama Wee (kanan), Ling (dua kiri) dan Kadim (tiga kanan) menunjukka­n tanda bagus semasa melawat pameran teknologi digital sempena forum tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia