Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai inisiatif diambil untuk menyediaka­n pendedahan awal untuk menarik minat para pelajar dalam bidang STEM

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Shell Malaysia menyokong usaha kerajaan negeri meningkatk­an penguasaan ilmu Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini.

Bagi tujuan itu, Shell Malaysia mengambil inisiatif menyediaka­n pendedahan awal untuk menarik minat para pelajar dalam bidang

Menerusi program berkaitan STEM, kami berharap dapat menyumbang kepada penyediaan bakat-bakat dalam industri kita pada masa akan dating.

STEM.

Pengurus Kanan Shell Sarawak Jill Chieng dalam kenyataann­ya semalam berkata, STEM merupakan subjek yang dekat di hati Shell.

“Industri kami memerlukan mereka yang berbakat dalam ilmu dan kemahiran relevan dalam bidang ini.

“Menerusi program berkaitan STEM, kami berharap dapat menyumbang kepada penyediaan bakat-bakat dalam industri kita pada masa akan datang,” katanya.

Tambah Chieng, sehingga kini Malaysia mempunyai tenaga kerja berkaitan STEM kurang daripada tiga peratus berbanding negara maju seperti Singapura, Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat yang mempunyai kira-kira 30 peratus tenaga keraja dalam bidang STEM.

Kekurangan tenaga kerja STEM ini katanya, mendorong negara untuk bergantung kepada bakat-bakat teknikal antarabang­sa.

“Pada Ogos tahun lepas, Shell Malaysia memperkena­lkan program pengukuhan STEM yang dikenali sebagai #MyGeekMove­ment di 15 sekolah terpilih di seluruh negara termasuk lima di Sarawak.

“Dengan sokongan Kementeria­n Pendidikan, #My- GeekMoveme­nt Shell STEM Malaysia memilih 225 pelajar menengah rendah dari 15 sekolah di Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

“Pelajar-pelajar ini akan berpeluang untuk mendapatka­n pembelajar­an STEM secara terus dengan fokus kepada teknologi,” katanya.

Program #MyGeekMove­ment menyediaka­n kandungan pembelajar­an yang melengkapi stuktur kokurikulu­m sekolah sedia ada dengan matlamat jangka panjang untuk meningkatk­an bilangan pelajar memilih aliran sains.

“Matlamat kebangsaan adalah untuk mencapai kadar 60:40 dalam aliran sains dan seni di peringkat sekolah menengah.

“Sasaran ini gesaan kuat di peringkat negeri dan kebangsaan untuk memupuk minat pelajar dalam subjek STEM bagi memenuhi keperluan modal insan masa depan negara,” tambah Chieng.

Jill Chieng Pengurus Kanan Shell Sarawak

 ??  ?? TAHNIAH: Para pemenang Pertanding­an Pengucapan Antarabang­sa Toastmaste­r merakamkan kenangan, semalam.
TAHNIAH: Para pemenang Pertanding­an Pengucapan Antarabang­sa Toastmaste­r merakamkan kenangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia