Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah besar Tadika KEMAS bukti komitmen terhadap prasekolah

-

MIRI: Sarawak mencatat jumlah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) paling banyak di Malaysia sebanyak 1,518 dengan seramai 20,000 kanak-kanak.

Manakala, Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di negeri ini di bawah KEMAS juga mencatat jumlah yang banyak bagi seluruh negara iaitu 82 dengan jumlah kanak-kanak seramai lebih 500 orang.

Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Mohd Zamri Mustajap berkata jumlah yang banyak ini menunjukka­n komitmen berterusan kerajaan dalam membentuk pendidikan di peringkat prasekolah lagi.

“Kita boleh lihat Tabika dan Taska KEMAS ini terletak di merata-rata tempat bukan sahaja di bandar, malah turut berada di kampung-kampung dan rumah panjang.

“Oleh itu, komitmen dan kerjasama berterusan daripada pihak pemaju masyarakat amat penting untuk memastikan anak-anak di negeri ini mendapat pendidikan sempurna,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian Bengkel Keibubapaa­n Tabika dan Taska Permata KEMAS Siri 2 di Pustaka Miri semalam.

Beliau berkata, menjelang 2020, semua guru yang mengajar Tabika dan Taska KEMAS diwajibkan untuk memiliki sekurang-kurangnya Diploma.

“Sekarang kita masih dalam proses menghantar guruguru KEMAS melanjutka­n pelajaran mengikuti kursus dalam cuti.

“Insya- Allah, menjelang 2020, jika jumlah Tabika dan Taska kita masih sama, maka semua guru di bawah KEMAS telah memiliki Diploma,” katanya.

Selain itu, Mohd Zamri turut memberitah­u KEMAS memperuntu­kkan kira-kira RM250 untuk seorang kanak- kanak dalam bentuk subsidi bagi penyediaan makanan dan sebagainya.

Sementara itu, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, kerjasama ibu bapa dalam membentuk pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi melahirkan anak-anak yang menjadi aset penting dan pelapis masa depan negara.

“Pendidikan awal kanakkanak memainkan peranan yang penting dalam perkembang­an dan pembanguna­n seseorang kanak-kanak.

“Pendidikan asas berkualiti diyakini memberi kejayaan kepada anak-anak sehingga ke peringkat lebih tinggi.

“Saya berharap ibu bapa memberi sokongan padu dalam segala usaha bagi menyokong inisiatif yang dianjurkan oleh KEMAS dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini,” katanya dalam teks ucapan perasmiann­ya yang disampaika­n oleh Pegawai Khas beliau, Erick Chin.

Turut hadir semalam ialah Pegawai KEMAS Bahagian Miri Eric Gray Raymond Jos dan Pengurus Pustaka Miri Salina Zawawi.

 ??  ?? RASMI: Erick (dua kiri) mengecat papan tanda sebagai simbolik perasmian Bengkel Keibubapaa­n Tabika dan Taska Permata KEMAS Siri 2 di Miri, semalam.
RASMI: Erick (dua kiri) mengecat papan tanda sebagai simbolik perasmian Bengkel Keibubapaa­n Tabika dan Taska Permata KEMAS Siri 2 di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia