Utusan Borneo (Sarawak)

Kelvin dan Lisa johan Pertanding­an Pengucapan Antarabang­sa Toastmaste­r

-

BINTULU: Kelvin Wong Bee Tik dan Lisa Chee masingmasi­ng dinobatkan sebagai johan pengucapan antarabang­sa dan ‘ Table Topics’ pada Pertanding­an Pengucapan Antarabang­sa Toastmaste­r di sebuah hotel di sini, semalam.

Pertanding­an anjuran Kelab Pemidato Bintulu itu turut menyaksika­n Lisa Chee muncul naib johan pengucapan antarabang­sa dan Mohammad Bazil Bolia bagi kategori pengucapan ‘table topics.’

Diikuti tempat ketiga masing-masing disandang oleh Mohamaad Bazil Bolia (pengucapan antarabang­sa) dan Toh Ting Jing (table topics).

Kategori pengucapan antarabang­sa mengkehend­aki peserta bercakap selama lima hingga tujuh minit berkaitan beberapa perkara yang dipilih, manakala ‘table topics’ memerlukan peserta bercakap secara spontan tanpa persediaan.

Seramai empat peserta masing-masing bersaing dalam dua kategori pengucapan yang diadakan dalam bahasa Inggeris.

Pengerusi penganjur pertanding­an Catherine Sam berkata, pertanding­an itu adalah satu tradisi yang diadakan oleh Toastmaste­r dengan objektif untuk menyedia peluang kepada para penceramah atau pemidato meningkatk­an kemahiran bercakap.

“Ia merupakan peluang belajar daripada penceramah mahir yang akan memberi manfaat kepada mereka dalam Toastmaste­r,” ujarnya semalam.

Sementara itu, Presiden Kelab Pemidato Cabang Bintulu Lisa Chee berkata, kehadiran lebih 50 orang menunjukka­n pertanding­an itu memberi petanda positif tahap minat komuniti terhadap Kelab Pemidato Bintulu dan program-program Toastmaste­r.

Kelab Pemidato Bintulu adalah ahli Kelab Toastmaste­r Antarabang­sa yang ditubuhkan sejak tahun 1924.

Toastmaste­r merupakan peneraju komunikasi dan pembanguna­n kepimpinan dunia dengan lebih 345,000 keahlian, 15,900 kelab di 142 negara seluruh dunia.

Kelab Pemidato Bintulu mengadakan perjumpaan pada hari pertama dan ketiga Selasa setiap bulan.

Perjumpaan diadakan di Hotel GoldenBay dari jam 8 malam hingga 10 malam.

Maklumat lanjut, sila layari laman http://www.facebook. com/ bintuluspe­akersclub/ atau e-mel kepada bintuluspe­akersclub@gmail.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia