Utusan Borneo (Sarawak)

Lima sekolah sertai pertanding­an ‘Access to Energy’ Shell Malaysia

-

KUCHING: Lima sekolah di Sarawak mengambil bahagian dalam pertanding­an mencipta ‘Access to Energy’ anjuran Shell Malaysia, semalam.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph, Kuching; SMK Lutong dan SMK Merbau, Miri serta SMK Bintulu dan SMK Kidurong, Bintulu.

Pertanding­an berlangsun­g di taman permainan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) Shell di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Kelima- lima kumpulan dari lima sekolah tersebut semalam tampil dengan ciptaan masing- masing berkaitan dengan tenaga.

Ciptaan tersebut dihakimi tiga juri dengan salah seorang daripadany­a ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Prof Dr Abdul Rahman Deen.

Dua lagi juri ialah Pengasas Chumbaka Sdn Bhd Choo Wai Heng dan Pengurus Kanan Kanan Perhubunga­n Luar Huluan Shell Malaysia Jong Lee Fah.

Pemenang pertanding­an peringkat Sarawak semalam akan diumumkan hari ini sempena Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak (SCaT Fair) di BCCK.

Pemenang akan mewakili Sarawak ke pertanding­an peringkat kebangsaan yang akan berlangsun­g di Kuala Lumpur pada April depan.

Johan kebangsaan akan memenangi hadiah lawatan sambil belajar ke London tajaan Shell Malaysia.

Pertanding­an itu melibatkan sebanyak 15 sekolah masing- masing lima dari Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ?? BERI TUMPUAN: Warga sekolah SK St Anne memberikan tumpuan pada Program Kawad Kebakaran dan Ceramah Keselamata­n, semalam.
BERI TUMPUAN: Warga sekolah SK St Anne memberikan tumpuan pada Program Kawad Kebakaran dan Ceramah Keselamata­n, semalam.
 ??  ?? INOVASI: Rahman ( kanan) dan Jong (dua kanan) menilai ciptaan pelajar dari SMK Bintulu pada pertanding­an‘Access to Energy’ peringkat Sarawak di BCCK, semalam.
INOVASI: Rahman ( kanan) dan Jong (dua kanan) menilai ciptaan pelajar dari SMK Bintulu pada pertanding­an‘Access to Energy’ peringkat Sarawak di BCCK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia