Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah Antarabang­sa Tunku Putra-HELP berkelas dunia dengan yuran berpatutan

-

KUCHING: Sekolah Antarabang­sa Tunku Putra-HELP bakal menyediaka­n kemudahan berkelas dunia dengan yuran berpatutan kepada rakyat Sarawak.

Dibangunka­n dengan kerjasama tiga entiti swasta iaitu Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS), Ibraco Berhad dan HELP Education Group, ia akan memulakan pengambila­n pelajar pertamanya pada 2020.

Pengarah Eksekutif Kumpulan CMS yang juga Pengerusi Sekolah Tunku Putra Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree berkata, pembinaan kampus baharu itu dibina dengan tujuan khusus serta kapasiti yang dapat menampung 1,500 pelajar.

“Terletak di lokasi strategik di North Bank, Tabuan Jaya iaitu sebuah pusat perumahan, sekolah ini akan menawarkan kedua- dua kurikulum kebangsaan dan antarabang­sa.

“Ia merangkumi pelajar peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan A-Levels,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Penubuhan Sekolah Antarabang­sa Tunku Putra-HELP yang disempurna­kan Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta dihadiri isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di sini, semalam.

Tambah Syed Ahmad, kerjasama baharu itu akan meletakkan Sekolah Antarabang­sa Tunku Putra- HELP di hadapan berbanding sekolah antarabang­sa sedia ada di negeri ini.

Katanya, mereka men- janjikan kecemerlan­gan dalam prestasi akademik dan pendidikan berkualiti dengan menggunaka­n pendekatan pendidikan holistik.

“Kami yakin kerjasama dengan rakan lain ini akan membawa manfaat tidak ternilai kepada sekolah ini,” katanya.

Program antarabang­sa sekolah berkenaan menawarkan Kurikulum Pendidikan British bagi mendapatka­n kelayakan A-Levels CIE dan IGCSE yang diiktiraf dengan meluas dan diterima oleh universiti terbaik di dunia.

Program kebangsaan pula menawarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Sementara Matematik dan Sains selanjutny­a dilengkapi dengan sukatan pelajaran Singapura dan British.

M e n g g a b u n g k a n perkara terbaik dalam pendidikan Barat dan Timur, pelajar dapat membentuk kemahiran berfikir pada peringkat lebih tinggi dan akan menguasai minimum empat bahasa iaitu Inggeris, Mandarin, Malaysia dan Sepanyol.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Pembanguna­n Wilayah Datu Len Talif Salleh, Pengarah Urusan Ibraco Berhad Datuk Chiew Chiaw Han dan Presiden Universiti HELP Profesor Datuk Dr Paul Chan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia