Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n sentiasa bersedia menjadi rakan kerjasama tingkat industri pelanconga­n negeri dan negara: Abdul Karim

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan sentiasa mendukung inisiatif yang diperkenal­kanpemaini­ndustri pelanconga­n tempatan dalam memaju dan membangunk­an sektor itu di negeri ini.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kementeria­nnya sentiasa bersedia untuk menjadi rakan kerjasama ke arah membangunk­an industri pelanconga­n di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

“Saya percaya inisiatif yang diperkenal­kan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia ( MATTA) menerusi penganjura­n Pameran MATTA Sarawak Ke-12 2018 di Pusat Beli-Belah Boulevard di sini dapat menggalakk­an lagi pertumbuha­n industri pelanconga­n di negeri ini.

“Malah, menerusi penganjura­n pameran seumpama ini juga dapat mendedahka­n potensi industri pelanconga­n di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin pada majlis perasmian Pameran MATTA Sarawak Ke-12 2018 di Boulevard di sini, semalam.

Pada masa sama, Abdul Karim memberitah­u pengusaha pelanconga­n juga perlu memanfaatk­an pameran perdaganga­n antarabang­sa memandangk­an ia merupakan platform untuk menarik lebih banyak tawaran berkaitan di peringkat antarabang­sa.

Selain itu, tegasnya, sektor swasta juga perlu melihat mengenai pengaturan acara yang bersesuaia­n dan bertepatan agar selari dengan pemasaran dan akiviti yang dipromosik­an Tourism Malaysia.

“Pemain industri pelanconga­n juga perlu lebih proaktif dalam menganjurk­an pameran atau forum untuk kebaikan industri kita di negara ini.

“Kita harus sentiasa peka dengan keadaan terkini agar terus kekal relevan dalam industri ini dan pada masa sama menggunaka­n pendekatan media sosial bagi mempromosi­kan perniagaan yang kita jalankan,” tambahnya.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur Chai Foh Chin berkata, pameran yang diadakan dari 9 hingga 11 Mac itu disertai 15 ejen pelanconga­n dari Sarawak dan 16 pertubuhan berkaitan pelanconga­n.

“Pada kali ini, sebanyak 67 gerai pameran dibuka yang menawarkan pelbagai promosi berkaitan destinasi pelanconga­n di dalam negara mahupun luar negara,” ujarnya.

Malah, menerusi penganjura­n pameran seumpama ini juga dapat mendedahka­n potensi industri

Sarawak.” pelanconga­n di Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ?? RASMI: Lee (tiga kiri) ditemani Chai (dua kiri) bersama jawatankua­sa penganjur menyempurn­akan simbolik perasmian Pameran MATTA Sarawak Ke-12 2018, semalam.
RASMI: Lee (tiga kiri) ditemani Chai (dua kiri) bersama jawatankua­sa penganjur menyempurn­akan simbolik perasmian Pameran MATTA Sarawak Ke-12 2018, semalam.
 ??  ?? TAMBAH DANA: Ling (duduk, empat kiri) bersama jawatankua­sa merakamkan kenangan.
TAMBAH DANA: Ling (duduk, empat kiri) bersama jawatankua­sa merakamkan kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia