Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran rumah di Sri Aman terima bantuan RM5,950

-

SRI AMAN: Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman menyalurka­n bantuan berjumlah RM5,950 kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah di Jalan Hollis di sini, semalam.

Bantuan itu meliputi bantuan wang saku untuk ahli keluarga mangsa seramai lapan orang dengan jumlah RM800, bantuan pakaian harian (RM800), bantuan pakaian sekolah untuk dua anak mangsa (RM400), bantuan peralatan sekolah (RM200) dan bantuan kebakaran yang melibatkan 75 peratus rumah mangsa terbakar (RM3,750).

Terdahulu, penyampaia­n bantuan disempurna­kan Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis.

Harden berharap sumbangan itu dapat digunakan untuk tujuan baik pulih rumah yang terjejas dalam kebakaran berkenaan.

“Gunakan bantuan yang disalurkan kerajaan ini untuk membina rumah yang rosak dan belilah barang keperluan yang patut,” ujarnya.

Pada sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu, rumah separa kayu dan batu milik Foo Ah Chin musnah 75 peratus dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi.

Bagaimanap­un, Foo serta lapan ahli keluargany­a berjaya menyelamat­kan diri.

Hadir sama Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Sri Aman Nurul Syuhada Mohd Zaidi, tiga Pembantu Kebajikan Masyarakat Sri Aman Awang Saji Awang Adam, Yoezwadi Johari dan Nur Nazilah Anji, Kapitan Tiong Chong Onn dan Kapitan Tay Siaw Chuan.

 ??  ?? RINGAN BEBAN: Harden (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Foo (empat kanan) sambil diperhatik­an Nurul Syuhada (dua kanan), Awang Saji (kanan), Tiong (kiri), Tay (dua kiri) serta yang lain.
RINGAN BEBAN: Harden (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Foo (empat kanan) sambil diperhatik­an Nurul Syuhada (dua kanan), Awang Saji (kanan), Tiong (kiri), Tay (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia