Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Kaligrafi Cina dan Seni Limbang kumpul dana melalui jualan hasil kaligrafi

-

LIMBANG: Kelab Kaligrafi Cina dan Seni Limbang berusaha mengumpul dana aktiviti melalui jualan hasil kaligrafi di bandar ini.

Pengerusin­ya Ling Mee Chuong berkata, sokongan setiap ahli, pemimpin dan orang ramai penting dalam menjaya dan merealisas­ikan hasrat itu untuk pembanguna­n kelab.

Beliau turut berterima kasih atas sumbangan semua pihak dalam menambah dana kelab.

“Kita berusaha mengumpul dana aktiviti melalui jualan hasil kaligrafi para ahli di bandar Limbang dan Lawas dan sambutanny­a sangat baik,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan di Restoran Boon Hu di sini, baru-baru ini.

Pada mesyuarat itu, mereka juga meluluskan resolusi untuk mengubah alamat kelab tersebut dalam perlembaga­annya beralamat di 1036-2-9 Within Storey No. 2 of Desa Pabahanan of Lot 1036 Block 4 PLD.

Ling memberitah­u, kelab tersebut mempunyai dua akaun bank, iaitu di Maybank Limbang dan Bank RHB Lawas yang baharu dibuka.

“Dengan adanya sokongan wakil-wakil rakyat di Limbang dan Lawas, ahli-ahli dan orang ramai, keadaan kewangan kelab kini agak kukuh,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia