Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidik berperanan penting dalam membina negara bangsa

-

KUCHING: Kesatuan Dayak Kebangsaan Sarawak (SDNU) Cawangan Saratok merancang beberapa aktiviti untuk dilaksanak­an sepanjang tahun ini.

Pengerusi SDNU Cawangan Saratok Alexander Sela berkata, beberapa aktiviti tersebut akan dikendalik­an jawatankua­sa yang baharu dilantik bagi penggal 2018 hingga 2020.

Antara aktiviti yang diran- cang ialah kebudayaan dan tradisiona­l seperti pembuatan pakaian tradisiona­l wanita dan lelaki Iban iaitu ‘ngepan’ dan ‘gagung.’

Turut dirancang aktiviti sukan dan permainan seperti pertanding­an badminton SDNU Saratok, ceramah motivasi untuk pelajar sekolah serta sambutan Hari Gawai Dayak 2018 Peringkat Saratok.

Kesatuan turut merancang untuk mengadakan kunjun- gan mesra kepada masyarakat Dayak di Kalimantan, Indonesia bagi mengeratka­n hubungan antara masyarakat Dayak di kedua-dua negara.

Sementara itu, pemilihan jawatankua­sa baharu SDNU Cawangan Saratok bagi penggal 2018 hingga 2020 diadakan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Rumah Dayak Saratok, minggu lepas.

Menerusi pemilihan tersebut, Alexander dilantik se- bagai Pengerusi dibantu Timbalanny­a Jeti Kumpai Endawie, manakala jawatan Setiausaha disandang oleh Marshall Minggu dibantu Kr Edward Naing.

Jawatan Bendahari pula disandang oleh Charles Igat Rantai dibantu oleh Ricky Adam dengan lima ahli jawatankua­sa iaitu Tuai Rumah Juliana Bedus, Penghulu Isa Geng, Juliet Jugie, Christina Kunjan dan John Jelama. KUCHING: Golongan pendidik memainkan peranan penting dalam membina negara bangsa dengan menguasai disiplin ilmu yang diajar selain menyampaik­an ilmu secara inovatif selari dengan perkembang­an teknologi masa kini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, menggunaka­n pendekatan dan teknik pengajaran yang pelbagai selari dengan perkembang­an teknologi malah menerapkan budaya meneroka, cara menuntut ilmu yang pastinya amat berbeza daripada zaman dahulu.

“Bagi menghadapi cabaran membina anak Sarawak berminda kreatif, kerajaan negeri mengambil inisiatif dengan menyediaka­n peruntukan sebanyak RM1 bilion bertujuan membangunk­an infrastruk­tur siber digital yang men- ingkatkan kelajuan Internet terutamany­a di kawasan luar bandar untuk memudahkan sistem pengajaran dan pembelajar­an,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Pemukiman Guru Pembina Negara Bangsa (GPNB) di Pusat Latihan Sarawak (PLS) Jabatan Kemajuan Islam di sini kelmarin.

Abang Johari juga menyaranka­n warga pendidik agar mempunyai kesediaan untuk berubah memandangk­an teknologi pengajaran terkini di sekolah merupakan perubahan yang mesti dihadapi dan ditangani oleh golongan pendidik.

Program Pemukiman GPNB bermula 8 Mac hingga 10 Mac 2018 dihadiri seramai 163 warga pendidik.

Program ini bertujuan memangkin kecemerlan­gan guru bermotivas­i, berpotensi tinggi, bertanggun­gjawab terhadap diri, masyarakat dan negara serta mendekatka­n para pemimpin dengan warga pendidik.

Malah, program ini turut memangkink­an semangat patriotism­e dan menyuburka­n semangat kesetiaan dan cinta negara untuk mempertaha­nkan keselamata­n dan kedaulatan tanah air, di samping warga pendidik menyumbang kepada kejayaan kepada menjayakan agenda Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembanguna­n Pendidikan) Dato Sulaiman Wak, Pengarah Pendidikan Sarawak Rakayah Madon dan Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man.

 ??  ?? SIAP SIAGA: Juanda (enam kanan) bersama yang lain ketika pengaktifa­n pusat operasi peringkat DUN Jemoreng baru-baru ini.
SIAP SIAGA: Juanda (enam kanan) bersama yang lain ketika pengaktifa­n pusat operasi peringkat DUN Jemoreng baru-baru ini.
 ??  ?? EXCO BAHARU: Alexander (enam kanan) merakamkan kenangan bersama jawatankua­sa baharu SDNU Cawangan Saratok bagi penggal 2018 hingga 2020.
EXCO BAHARU: Alexander (enam kanan) merakamkan kenangan bersama jawatankua­sa baharu SDNU Cawangan Saratok bagi penggal 2018 hingga 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia