Utusan Borneo (Sarawak)

Lions Sibu Pahlawan sumbang mesin kepada Hospital Sibu

-

SIBU: Kelab Lions Sibu Pahlawan kelmarin menyerahka­n sumbangan berupa mesin pemantau ‘vital signs’, mesin pengering pakaian dan dekoder Astro Njoi kepada Hospital Sibu.

Sumbangan diserahkan Presiden Kelab Lions Sibu Pahlawan Kevin Lau kepada Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung.

Majlis penyerahan disaksikan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam dan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee.

Ketika ditemui pemberita, Dr Annuar mewakili kerajaan dan Hospital Sibu berterima kasih kepada Kelab Lions Sibu Pahlawan atas keprihatin­an mereka memberi sumbangan kepada pihak hospital.

“Mesin pemantau ‘vital signs’ amat diperlukan untuk memantau tanda-tanda vital seperti kadar nadi, tekanan darah dan lain-lain.

“Kita berterima kasih kepada Kelab Lions Sibu Pahlawan yang memberi sumbangan menerusi projek amal untuk membantu keperluan di Hospital Sibu,” ujarnya.

Mesin pemantau ‘vital signs’ itu kemudian disumbangk­an ke wad ortopedik.

Sementara itu, Kevin berharap sumbangan kelab akan dapat memberi keselesaan kepada pesakit yang menerima rawatan di Hospital Sibu.

“Saya sendiri berjumpa dengan Dr Ngian untuk memahami bantuan yang diperlukan pihak hospital dan Dr Ngian memaklumka­n hospital memerlukan mesin pemantau ‘vital signs’.

“Saya terus mencari pembekal mesin untuk membeli mesin tersebut dengan harga RM16,500 seunit.

“Selain itu, hari ini kita turut menyumbang seunit mesin pengering pakaian dan enam unit dekoder Astro Njoi dengan kos RM3,500 untuk kegunaan pesakit di wad kanak-kanak unit kanser.

“Kelab Lions Sibu Pahlawan berharap menerusi sumbangan projek amal ini dapat memberi keselesaan kepada pesakit yang menerima rawatan di Hospital Sibu,” jelasnya.

Hadir sama ialah Pengerusi Multiple District 308 Family & Women Specialist Datuk Betty Wong dan Pengerusi Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308-A2 Wilayah 2 Stephen Tiew.

 ??  ?? AMAT DIPERLUKAN: Kevin (tiga kiri) menyerahka­n mesin pemantau ‘vital signs’ kepada Dr Ngian sambil disaksikan Dr Annuar (lima kiri) dan ahli-ahli Kelab Lions Sibu Pahlawan di Hospital Sibu.
AMAT DIPERLUKAN: Kevin (tiga kiri) menyerahka­n mesin pemantau ‘vital signs’ kepada Dr Ngian sambil disaksikan Dr Annuar (lima kiri) dan ahli-ahli Kelab Lions Sibu Pahlawan di Hospital Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia