Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 20 kontraktor Bumiputera Kelas F dakwa belum terima bayaran projek PPKHAS 2017

-

SIBU: Lebih 20 kontraktor Bumiputera Kelas F di Sibu, Kanowit dan Selangau yang terlibat dengan Projek Penambahba­ikan dan Penyenggar­aan Sekolah di bawah Peruntukan Tabung Khas ( PPKHAS) 2017 mendakwa masih belum menerima bayaran.

Salah seorang kontraktor terbabit yang juga Naib Pengerusi II Persatuan Kontraktor Kelas F Sarawak Jimbau Galau berkata, mereka dianugerah­kan projek tersebut pada pertengaha­n tahun lalu.

Katanya, rata- rata projek PPKHAS 2017 tersebut telah berjaya disiapkan sebelum penghujung tahun lepas.

“Seperti kebiasaann­ya, selepas projek siap kami menyiapkan segala dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan pembayaran.

“Bagaimanap­un sehingga kini, kami masih belum menerima satu sen pun pembayaran,” ujar beliau kepada pemberita pagi semalam.

Menurut Jimbau, pihak Persatuan Kontraktor Bumpiputer­a Kelas F Sarawak juga pernah beberapa kali menghubung­i pihak terbabit untuk bertanyaka­n mengenai pembayaran.

Namun malangnya, pihak terbabit ujar beliau, seolah- olah bermain tarik tali.

“Pada 1 Mac lalu, pihak persatuan telah menulis surat kepada pihak berkenaan untuk bertanya bilakah pembayaran akan dibuat dan seperti yang diduga, tiada jawapan yang diterima sehingga kini,” ujar beliau lagi.

Justeru Jimbau berharap, pihak terbabit lebih bertanggun­gjawab dan memandang serius berhubung tuntutan yang dibuat oleh mereka.

Jimbau menegaskan, pihaknya juga tidak teragak- agak untuk mengambil tindakan sekiranya pembayaran masih belum dijelaskan.

 ??  ?? JIMBAU
JIMBAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia