Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Seduan anjur majlis sempena TBC

-

SIBU: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Seduan meraikan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di sebuah restoran di sini, malam kelmarin.

Majlis dihadiri oleh Pengerusi JCI Seduan, Chieng Siew Yee serta ahliahli JCI Seduan yang lain.

Menurut Chieng, majlis bertujuan mengeratka­n hubungan sesama ahli, selain bersamasam­a menyambut TBC.

“Dengan majlis ini, kita berharap dapat memberi peluang dan ruang kepada ahli-ahli untuk berkumpul bersama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chieng juga menggalakk­an para belia untuk menyertai JCI Seduan.

Bagi yang berminat, boleh menghubung­i Chieng menerusi talian 0168788731.

 ??  ?? SAMBUT: Chieng (lima kanan) bersama ahli-ahli JCI Seduan mengaul‘yee sang’ pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina, malam kelmarin.
SAMBUT: Chieng (lima kanan) bersama ahli-ahli JCI Seduan mengaul‘yee sang’ pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia