Utusan Borneo (Sarawak)

SKF perlu mencari dana RM1.5 juta hingga RM2 juta setiap tahun, tawar rawatan dialisis berpatutan sejak ditubuhkan 1993

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF) sentiasa berusaha meningkat dan menambah baik kualiti perkhidmat­annya kepada pesakit.

Pengerusi SKF Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata, SKF perlu mencari dana RM1.5 juta hingga RM2 juta setiap tahun untuk memastikan perkhidmat­an terbaik dapat disalurkan.

Katanya, sejak penubuhann­ya pada 1993, SKF telah menawarkan rawatan dialisis yang berpatutan kepada lebih 100 pesakit di wilayah tengah.

“Pada masa ini, kami mempunyai 23 unit mesin dialisis bagi merawat 49 pesakit yang telah berdaftar dan dua lagi pesakit baharu. “Kami sentiasa mencari jalan bagi meningkatk­an perkhidma- tan, peralatan dan juga kemudahan untuk membantu merawat lebih ramai pesakit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Pesakit SKF sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia di sebuah restoran di sini, kel- marin.

Sehubungan itu, Lau mengucapka­n setinggi- tinggi terima kasih kepada pihak yang sering membantu dan menyokong SKF.

Mengenai Penyakit Ginjal Kronik ( CKD), beliau berkata, cara terbaik untuk mengurangk­an risiko pen- yakit itu ialah mengamalka­n gaya hidup yang sihat.

Beliau berkata, ini termasuk mengekalka­n diet yang sihat, bersenam secara teratur dan menguruska­n tekanan dengan cara yang betul serta berhenti mengambil minuman alkohol.

“Tiada apa yang lebih berharga dalam kehidupan kita melainkan memiliki kesihatan yang baik.

Adalah penting untuk kita semua menjaga dengan baik organ-organ yang penting dalam badan kita,” ujar beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus SKF Ivy Lau dan Naib Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah SKF dan Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Vincent (duduk, lima kiri) merakamkan kenangan bersama kakitangan dan sukarelawa­n SKF pada majlis tersebut.
UNTUK KENANGAN: Vincent (duduk, lima kiri) merakamkan kenangan bersama kakitangan dan sukarelawa­n SKF pada majlis tersebut.
 ??  ?? IKHLAS: Wong (empat kanan) menyerahka­n replika cek kepada Dr Chea di Sibu.
IKHLAS: Wong (empat kanan) menyerahka­n replika cek kepada Dr Chea di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia