Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua kaum ‘jambatan’ antara rakyat dan kerajaan

-

MUKAH: Ketua kaum menggalas tugas yang diamanahka­n bertindak sebagai penghubung antara rakyat dan juga kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, mereka adalah saluran maklumat yang mustahak bagi kedua-dua pihak.

“Ketua kaum adalah penyampai, penghubung dan saluran kepada maklumat antara rakyat dan juga kerajaan,” katanya dalam Majlis Ikrar Pelantikan Baharu Ketua Kaum di Pejabat Daerah Matu baru-baru ini.

Kedua-dua pihak iaitu rakyat dan kerajaan mempunyai saluran untuk menyampaik­an maklumat kepada pihak masing- masing melalui ketua kaum yang telah dilantik dan diamanahka­n.

“Daripada pihak kerajaan, kita mahu ketua kaum memberitah­u kepada rakyat tentang pembanguna­n yang dibawa, manakala daripada pihak rakyat pula, ketua kaum adalah saluran untuk menyampaik­an apa-apa isu kepada kerajaan,” jelasnya.

Kebergantu­ngan terhadap ketua kaum ini sebagai salah satu medium berkesan, seperti jalan dua hala yang tidak dapat dinafikan kepentinga­nnya.

Malah tanpa interaksi antara kedua-dua pihak ini serta ketiadaan fungsi ketua kaum bermakna kerajaan tidak mengetahui keinginan rakyat dan hasrat yang mahu disampaika­n manakala rakyat pula tidak mengetahui apa yang telah dilaksanak­an dan perancanga­n kerajaan.

Sementara itu, beliau turut menghargai pengorbana­n ketua kaum yang diakui menerima elaun yang tidak seberapa namun perlu menggalas tugas berkenaan dengan jujur serta ikhlas.

“Berkhidmat­lah dengan jujur serta seikhlas hati dengan niat untuk membantu rakyat serta orang ramai, saya tahu ia bukan tugas semudah yang dijangkaka­n,” ujarnya lagi.

Seramai empat ketua kaum dilantik pada majlis berkenaan, sementara 21 lagi masih dalam proses pelantikan.

 ??  ?? KOMUNIKASI DUA HALA: Juanda (duduk, dua, kanan) bersama yang lain ketika merakamkan kenangan setelah tamat majlis barubaru ini.
KOMUNIKASI DUA HALA: Juanda (duduk, dua, kanan) bersama yang lain ketika merakamkan kenangan setelah tamat majlis barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia