Utusan Borneo (Sarawak)

Dipenjara 10 tahun, hentak bayi ke lantai hingga koma

Bapa didakwa cubaan bunuh terhadap bayi empat bulan

-

KUALA LUMPUR: Perbuatan tidak berhati perut seorang bapa yang cuba membunuh bayi lelakinya berusia empat bulan dengan menghentak mangsa ke lantai sehingga menyebabka­n pendarahan dalam otak dan koma, mendapat pembalasan apabila dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Amri Ismail, 29, yang merupakan gelandanga­n selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraa­nnya.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang tidak bekerja itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 5 Nov 2017.

Sebelum menjatuhka­n hukuman itu, Hakim Zaman bertanya kepada tertuduh: ”Adakah kamu sedar perbuatan yang dilakukan oleh kamu akan menyebabka­n anak kamu mati?”

Mohd Amir yang memakai kemeja-T berwarna biru dan

Saya menyesal buat anak saya macam itu.

berseluar jeans itu dengan bersahaja menjawab “Saya sedar.”

Lelaki itu didakwa telah melakukan kesalahan cubaan bunuh terhadap seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang menyebabka­n kecederaan iaitu pendarahan dalam otak akibat dihentak ke lantai.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bilik sewa, di Jalan Lorong Haji Taib 1 Chow Kit, di sini pada 7.30 petang , 4 Nov 2017 mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, dan jika perbuatan itu menyebabka­n cedera kepada seseorang, maka pesalah itu hendaklah dikenakan penjara yang boleh sampai 20 tahun.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan dengan alasan dia insaf dengan kesalahann­ya itu.

“Saya menyesal buat anak saya macam itu,” katanya dari dalam kandang tertuduh.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal memohon hukuman wajar dan setimpal mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan tertuduh kerana mangsa adalah anak kandung tertuduh yang baru berusia empat bulan.

“Mangsa adalah seorang bayi yang tidak mengetahui apa- apa, sebagai seorang bapa, tertuduh harus menjaga kebajikan anak dan bukan sebaliknya.

“Kanak- kanak harus dilindungi kerana banyak kes penderaan dan pengabaian… anak adalah anugerah bagi setiap ibu bapa,” katanya.

Mengikut fakta kes, pengadu yang merupakan seorang doktor telah menerima seorang pesakit iaitu bayi berusia empat bulan yang dibawa oleh ibu angkatnya dan memaklumka­n anaknya jatuh.

Hasil pemeriksaa­n dan imbasan CT otak mendapati terdapat pendarahan pada otak dan bayi berada dalam keadaan koma lalu pengadu membuat laporan polis kerana mengesyaki bayi itu telah didera.

Hasil siasatan polis mendapati, tertuduh merupakan bapa kandung kepada bayi itu dan menjaga bayi tersebut sewaktu ketiadaan ibu angkat.

Bagaimanap­un, bapa angkat kepada bayi tersebut yang merupakan saksi mata telah melihat tertuduh mencampak bayi tersebut dan dia cuba menghalang tertuduh tetapi tidak dihiraukan.

Namun, sebaik sahaja ibu angkat pulang tertuduh menyuruh wanita itu membawa bayi ke hospital dan laporan perubatan mengesahka­n mangsa mengalami ‘intracrani­al bleeding’ dan tertuduh ditangkap pada 5 Nov tahun lepas. — Bernama

Mohd Amri Ismail Tertuduh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia