Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes pukul

-

MIRI: Seorang lelaki diperintah­kan Mahkamah Majistret pagi semalam supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis berhubung satu kes pukul.

Suspek, 40, dari Kampung Riam Jaya di sini diperintah­kan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan penolong pegawai penyiasat Sarjan Mohd Sani Mohd Nor ketika mengemukak­an permohonan reman semalam memberitah­u pada jam 4.03 petang, 6 Mac lalu, seorang lelaki warga emas telah membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 62, mendakwa sekitar jam 1.30 petang hari sama, beliau mendapati anak lelakinya yang berusia 29 tahun telah dipukul di bahagian kepala menggunaka­n kayu hingga berdarah oleh seorang lelaki yang dikenali.

Pengadu menberitah­u bahawa dia tidak mengetahui punca anaknya dipukul.

Beliau kemudian menghantar anaknya untuk mendapatka­n rawatan di Hospital Miri.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 1 petang, 8 Mac lalu di tepi Jalan Chia Taze Chin di sini, sepasukan polis diketuai Sarjan Bayan Ujang telah berjaya menangkap seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes itu.

Dalam permohonan lanjutnya, Mohd Sani memberitah­u reman selama empat hari ke atas suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

Tambahan polis masih memerlukan masa untuk mendapatka­n laporan perubatan mangsa serta merakam percakapan suspek serta saksisaksi yang terlibat, justeru membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, Pendaftar Mahkamah Rendah Nuurhafiza Yatim hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas suspek yang akan tamat pada 12 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia