Utusan Borneo (Sarawak)

Warga asing ditembak mati ketika cuba pecah rumah

-

KUALA LUMPUR: Cubaan tiga lelaki warga asing untuk memecah masuk dan menyamun di kawasan perumahan Templer Saujana, Gombak, awal pagi semalam gagal dengan seorang daripada suspek mati ditembak polis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi semalam, ketika beberapa anggota polis yang sedang membuat pemantauan di kawasan perumahan berkenaan melihat kelibat tiga lelaki berpakaian serba gelap yang dalam keadaan mencurigak­an.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata anggota polis yang melihat suspek telah cuba untuk menahan mereka bagi membuat pemeriksaa­n tetapi seorang daripada suspek bertindak agresif dengan melibas-libas parang ke arah polis.

Beliau berkata akibat perbuatan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek lelaki itu manakala dua lagi rakan suspek berjaya meloloskan diri.

“Operasi mengesan dua lagi suspek sedang giat dijalankan manakala kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mazlan berkata dengan tertumpasn­ya kumpulan ini, polis telah menyelesai­kan sekurang-kurangnya 17 kes samun di kawasan Rawang dan Selayang dengan jumlah kerugian sebanyak RM265,980. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia