Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda mahu jual syiling lama ditipu RM750

-

KUANTAN: Seorang pemuda yang mahu menjual koleksi syiling lamanya kerugian RM750 ditipu ‘ pembeli’ dalam urus niaga menerusi media sosial, empat hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata lelaki berusia 21 tahun itu bersetuju untuk menjual syiling lamanya kepada seorang individu yang menggunaka­n nama ‘Michael’ selepas melihat iklan di laman sosial Instagram.

Mangsa kemudianny­a menghubung­i Michael menerusi WhatsApp dan hasil perbincang­an, mereka mencapai persetujua­n pada harga RM25,000, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

“Mangsa telah memberikan butiran peribadi termasuk nombor akaun bank kepada Michael. Tidak lama kemudian, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengadu mendakwa duit telah dimasukkan.

“Bagaimanap­un suspek mendakwa transaksi itu ‘pending’ kerana akaun mangsa baharu kali pertama berurusan dengan bank luar negara dan dia perlu memasukkan RM750 bagi tujuan mengaktifk­an akaun CIMB tersebut,” katanya.

Mohd Wazir berkata mangsa kemudian memasukkan wang itu ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek namun diminta pula memasukkan RM1,500 lagi menyebabka­n mangsa berasa curiga dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera dekat sini, kelmarin. — Beenama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia