Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas nafi ugut dua pekerja syarikat bekalan elektrik

-

MIRI: Mahkamah Sesyen semalam membebaska­n seorang lelaki warga emas dengan jaminan RM3,000 berserta seorang penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap dua pekerja syarikat bekalan elektrik.

Rejin@ Rejen Paii, 68, dari Jalan Jati 2 Fasa 5 Desa Senadin di sini telah dituduh melakukan ugutan jenayah dengan menakutnak­utkan Zamry Mahdi dan Muhammad Nurfazdill­ah Mohamad menggunaka­n sebatang penyedok dan sebilah parang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.30 pagi, 5 Mac lalu di rumahnya di Jalan Jati 2, Jalan Jati Utama Desa Senadin Fasa 5 di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an tertuduh telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Hakim Steve Ritikos membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 23 Mac ini untuk pengurusan kes di Mahkamah Majistret.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia