Utusan Borneo (Sarawak)

Guru Matematik 11 kali rangkul gelaran qari Pahang

-

BENTONG: Guru Matematik, Zul Hasyimi Mohamed Yunus bukan hanya arif dalam perihal berkaitan angka, namun turut dianugerah­kan dengan kebolehan mengalunka­n bacaan al-Quran.

Zul Hasyimi, 39, boleh dikatakan mencipta rekod tersendiri menerusi kemenangan 11 kali sebagai johan tilawah al- Quran Pahang, termasuk tahun 2018 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah di sini, kelmarin.

Selaku johan, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong itu membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta trofi yang disampaika­n Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Zul Hasyimi berkata beliau aktif menyertai pertanding­an tilawah sejak tahun 2002 sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabang­sa selain telah 15 kali mewakili daerah Bentong ke pertanding­an peringkat negeri.

“Walaupun telah banyak kali menyertai pertanding­an wilayah, perasaan berdebar tetap ada.

Begitu juga dengan pertanding­an kali ini kerana saya mendengar bacaan peserta lain sangat hebat.

“Majoriti peserta tahun ini terdiri daripada lepasan universiti dari luar negara dan hafiz al-Quran menyebabka­n saya berazam untuk melakukan yang terbaik dan tawakal,” katanya semasa ditemui di sini, kelmarin.

Zul Hasyimi menambah kejayaanny­a membuatkan beliau menggalas tanggungja­wab lebih berat membawa nama Pahang ke pertanding­an tilawah peringkat kebangsaan pada tahun ini.

Katanya, walaupun sudah 10 kali mengalunka­n bacaan ayat suci al-Quran di pentas kebangsaan, beliau akan berlatih dengan lebih baik termasuk di bawah bimbingan Jabatan Agama Islam Pahang.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjunjung titah Pemangku Raja (Tengku Abdullah) yang mahu supaya wakil Pahang dapat menjadi johan pada tahun ini,” katanya.

Zul Hasyimi yang juga bapa kepada lima anak juga pernah mewakili Malaysia di pertanding­an tilawah alQuran peringkat antarabang­sa di Moscow Rusia pada 2011, Kuwait (2017) selain dinobatkan sebagai johan tilawah al-Quran antarabang­sa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2016. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JOHAN: Qari dari Bentong Zul Hasyimi (kiri) bersama isteri Nurlizai Jusoh, 37, (dua kiri) serta Qariah dari Bera Nurhafizah Ahmad Tajuddin, 30, (tiga, kiri) bersama suami Muhammad Johar, 30, bergambar bersama hadiah selepas dinobatkan johan Tilawah...
— Gambar Bernama JOHAN: Qari dari Bentong Zul Hasyimi (kiri) bersama isteri Nurlizai Jusoh, 37, (dua kiri) serta Qariah dari Bera Nurhafizah Ahmad Tajuddin, 30, (tiga, kiri) bersama suami Muhammad Johar, 30, bergambar bersama hadiah selepas dinobatkan johan Tilawah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia