Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Sukarela terlibat operasi akan dibayar elaun

-

KANGAR: Anggota Pasukan Bomba Sukarela ( PBS) yang terlibat dalam operasi akan dibayar elaun RM6 sejam bermula selewatsel­ewatnya pada pertengaha­n tahun ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata keputusan pelaksanaa­n bayaran elaun itu hanya perlu kelulusan Parlimen apabila cadangan pindaan Akta Perkhidmat­an Bomba 1988 dibentang dalam masa terdekat.

“Bayaran ini bagi menghargai peranan dan sumbangan anggota-anggota PBS membantu tugas- tugas JBPM dalam operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran,” katanya kepada media selepas majlis penganuger­ahan pingat kebesaran jabatan itu dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang ( APC) 2017 JBPM Perlis di sini, semalam.

Seramai 24 pegawai dan anggota menerima Pingat Setia Bomba (PSB), Pingat Cemerlang Bomba ( PCB) serta APC.

Wan Mohd Nor berkata pada masa ini, terdapat 370 PBS dianggotai lebih 15,000 orang di seluruh negara dan mereka hanya diberi perlindung­an insurans sebanyak RM1 juta dan peralatan kebombaan RM3 juta setahun.

Katanya JBPM juga berhasrat meletakkan PBS di bawah kendalian jabatan secara terus berikutan pasukan ini berdaftar dengan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) sejajar dengan Akta Perkhidmat­an Bomba 1988 yang akan dipinda bagi memberi kawalan terus ke atas PBS.

Kelmarin, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye meminta kerajaan supaya menimbang untuk menyediaka­n elaun khas buat anggota PBS dalam cadangan meminda Akta Perkhidmat­an Bomba 1988. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia