Utusan Borneo (Sarawak)

Import ‘rock melon’ dari Australia disekat

-

CYBERJAYA: Australia menghentik­an eksport rock melon ke negara ini ekoran laporan berlakunya kematian di Sydney akibat memakan buah itu yang dicemari bakteria Listeria monocytoge­nes, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Malaysia pada masa yang sama juga mengambil tindakan menghentik­an import rock melon dari Australia kerana bimbang berlaku kontaminas­i dari negara tersebut.

“Kemasukan rock melon dari Australia akan disekat hingga keadaan menjadi lebih baik,” katanya mengulas laporan mengenai kematian di Australia akibat memakan rock melon, ketika ditemui media selepas menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2017 kementeria­nnya di sini semalam.

Ahmad Shabery berkata sebelum insiden kematian tersebut, Malaysia ada mengimport rock melon dari Australia.

“Rock melon tempatan pun banyak dan ia selamat untuk dimakan selain tidak ada isu,” katanya.

Laporan media menyebut sehingga kini empat orang meninggal dunia sementara ramai lagi berhadapan masalah kesihatan di Australia kerana memakan rock melon tercemar.

Bakteria Listeriosi­s boleh menyebabka­n demam, sakit otot, loya dan kadangkala cirit- birit dan membawa kematian.

Mengulas mengenai pemergian Tan Sri Sanusi Junid semalam, Ahmad Shabery menyifatka­n Allahyarha­m sebagai bekas menteri pertanian yang akan dikenang kerana banyak menyumbang idea-idea kreatif.

Allahyarha­m sebelum ini pernah menjadi menteri pembanguna­n negara dan luar bandar pada 1981 dan kemudian menjadi menteri pertanian pada 1986. Allahyarha­m Sanusi meninggal dunia pada jam 6 pagi semalam. — Bernama KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, pada kira-kira jam 3 petang.

Terdahulu, jenazah Sanusi dimandi dan dikafankan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Damansara sebelum disolatkan selepas solat Jumaat.

Sanusi, 74, menghembus­kan nafas terakhir di rumahnya di Pantai Dalam di sini kira-kira jam 6 pagi semalam dengan meninggalk­an seorang isteri Puan Seri Nila Inangda Manyam Keumala dan tujuh anak, empat perempuan dan tiga lelaki.

Allahyarha­m pernah menjadi Menteri Pembanguna­n Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada anggota keluarga dan sahabat terdekat berada di tanah perkuburan bagi pengebumia­n jenazah Allahyarha­m Sanusi.

Turut kelihatan di tanah perkuburan ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom dan Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia