Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan jual minyak masak peket bersubsidi kepada industri: KPDNKK

-

LIMBANG: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) memberi amaran kepada pelesen borong dan runcit agar tidak menjual minyak masak peket bersubsidi kepada industri.

Ketua Penguatkua­saan KPDNKK Sarawak, Abdul Hafidz A Rahim berkata minyak masak peket bersubsidi adalah untuk faedah pengguna isi rumah.

“Industri diingatkan tidak menggunaka­n minyak masak tidak bersubsidi kerana barang keperluan itu adalah kegunaan pengguna isi rumah,” katanya ditemui pada ‘ Ops Goreng’ di sini semalam.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggun­gjawab itu hanya menyebabka­n bekalan minyak masak bersubsidi berkuranga­n di pasaran.

Abdul Hafidz turut memberitah­u terdapat 74,647 bekalan peket minyak masak bersubsidi satu kilogram untuk menampung bekalan penduduk di sini dan sekitarnya.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan mengatakan bekalan barang kawalan itu tidak mencukupi di sini.

“Meskipun bekalan mencukupi anggota kita tetap menjalanka­n pemantauan berterusan,” katanya.

Syarikat Impian Budi Sdn Bhd merupakan pembekal utama minyak masak peket bersubsidi satu kilogram untuk Limbang.

 ??  ?? BARANG KAWALAN: Abdul Hafidz (kiri) bersama anggota penguat kuasa memeriksa bekalan minyak masak peket bersubsidi di Limbang semalam.
BARANG KAWALAN: Abdul Hafidz (kiri) bersama anggota penguat kuasa memeriksa bekalan minyak masak peket bersubsidi di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia