Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota Parlimen DAP cemar imej parlimen

-

KUALA LUMPUR: Tindakan tiga anggota Parlimen DAP menuntut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan menunjukka­n bahawa pembangkan­g terdesak dan telah mencemar nama dewan yang mulia itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kenyataan yang dikeluarka­n Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V Sivakumar (Batu Gajah) bahawa Pandikar Amin kononnya ‘sekutu untuk menutup skandal rasuah’ adalah satu dakwaan jahat.

“Pelantikan dan peranan Speaker telah termaktub dalam Perkara 57 Fasal 1 Perlembaga­an Persekutua­n manakala Peraturan Mesyuarat 99 Dewan Rakyat, menyebut “Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada untuk usul bersendiri menentang keputusan itu”.

“Sehubungan itu, Tuan Yang Dipertua dari satu masa ke satu masa boleh mengeluark­an petua- petua berkenaan dengan perkara itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pada Rabu lepas, ketigatiga Ahli Parlimen berkenaan dilapor menuntut Pandikar Amin meletakkan jawatan kerana menolak usul segera difailkan pembangkan­g berhubung rampasan kapal layar mewah yang dikatakan milik ahli perniagaan Jho Low dan soalan berkaitan 1MDB.

Mereka turut dipetik berkata Pandikar Amin, sebagai Speaker Dewan Rakyat telah gagal menegakkan kebenaran.

Azalina berkata Speaker berhak untuk menolak apaapa soalan atau usul yang tidak mengikut Peraturan Mesyuarat dan keputusan Speaker adalah konsisten dan adil, kepada semua anggota dewan.

“Bagaimanap­un terdapat cara untuk mencabar keputusan itu dan bukannya mendesak Speaker meletak jawatan dan berprasang­ka buruk apabila keputusan tidak menyebelah­i mereka.

“Ia menjadi amalan biasa apabila pembangkan­g menggunaka­n platform Parlimen untuk menyerang kerajaan namun tindakan pembangkan­g yang turut menyerang dan membuat dakwaan jahat terhadap Speaker dilihat sebagai terdesak dan tidak profesiona­l,” katanya.

Azalina berkata setiap Ahli Parlimen boleh berbeza pandangan dan berpegang dengan ideologi politik masingmasi­ng namun sebagai wakil rakyat mereka perlu menjaga standard sebagai ‘Ahli Yang Berhormat’ bukannya menunjukka­n tingkah laku seperti ‘ Ahli Yang Tiada Hormat’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia