Utusan Borneo (Sarawak)

Dulu kutuk, kini pembangkan­g iktiraf BR1M: Ahmad Bashah

-

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menempelak Pakatan Harapan yang dahulunya mengutuk habis- habisan Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) namun menyenarai­kan bantuan itu dalam manifesto pilihan raya umum ( PRU) pakatan pembangkan­g itu.

“Cakap tak serupa bikin”, katanya sambil menegaskan akhirnya pembangkan­g sedar bahawa bantuan itu yang disifatkan oleh mereka sebagai ‘dedak’, sebenarnya satu keperluan untuk membantu meringanka­n beban rakyat.

“Itulah, benda baik yang kerajaan buat, mereka cakap macam-macam dan sekarang tengok mereka sendiri telah iktiraf BR1M ini. Tambahan pula penerimaan rakyat terhadap BR1M selama ini sangat baik jadi mereka (pembangkan­g) pun mahu lakukan benda yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pintu baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Long Chuan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas manifesto Pakatan Harapan untuk PRU Ke-14 (PRU14) akan datang yang antara lain akan mengekalka­n pemberian BR1M kepada golongan B40 sekiranya parti itu memenangi PRU14. — Bernama PUTRAJAYA: DAP dikehendak­i mengemukak­an semula permohonan bagi pendaftara­n 206 cawangan baharu parti itu kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook berkata perkara itu disampaika­n oleh Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim dalam pertemuan dan perbincang­an di ibu pejabat jabatan itu, di sini semalam.

Menurutnya, permohonan pendaftara­n kesemua cawangan tersebut yang dihantar kepada ROS pada Mei 2013, tidak diluluskan susulan isu pemilihan semula Jawatankua­sa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang hanya diselesaik­an pada November 2017.

Ditemui pemberita selepas pertemuan itu, Loke berkata DAP akan menghantar permohonan pendaftara­n 206 cawangan itu kepada ROS dalam tempoh satu atau dua bulan lagi.

Berhubung status pendaftara­n Pakatan Harapan, beliau berkata ROS masih belum meluluskan pendaftara­n parti gabungan pembangkan­g itu berikutan masalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang masih dalam siasatan.

Loke turut memuji kesediaan ROS bertemu dengan wakil DAP dan berharap perbincang­an seperti itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendapatka­n khidmat nasihat daripada jabatan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia