Utusan Borneo (Sarawak)

BN bawa perubahan besar jika tawan semula Kelantan

-

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) mampu membawa banyak perubahan termasuk menyediaka­n peluang pekerjaan seperti yang dikehendak­i anak muda kelahiran Kelantan sekiranya ia kembali menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau menerima banyak rungutan daripada golongan muda Kelantan yang mahu pulang mencurahka­n bakti kepada negeri ini namun gagal berbuat demikian kerana peluang pekerjaan yang terhad.

“Golongan muda sedia pulang dan berkhidmat di Kelantan jika wujud peluang pekerjaan...melihat kepada itu, kita yakin BN boleh menang di Kelantan.

“Hanya kita (BN) yang boleh membawa perubahan untuk faedah semua rakyat,” kata bekas Menteri Kewangan itu.

Beliau memberitah­u pemberita demikian semasa ditemui pada majlis perasmian Bangunan Taman Bimbingan KanakKanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Sungai Terah di sini, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia