Utusan Borneo (Sarawak)

Janji PH untuk tagih undi tidak realistik

-

BERA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menempelak Pakatan Harapan (PH) yang sanggup menabur janji tidak realistik menerusi manifeston­ya bagi menagih undi rakyat.

Ismail Sabri berkata tindakan PH itu yang berani menjanjika­n ‘bulan dan bintang’ secara tidak langsung memberi signal bahawa mereka sedar rancangan untuk menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak akan berjaya.

Katanya ini berbeza dengan manifesto Barisan Nasional (BN) yang berpijak di bumi nyata kerana perinciann­ya dirancang dengan mengambil kira kemampuan kerajaan untuk melaksanak­an setiap janji.

“Mereka ( PH) berkata hendak hapuskan GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an) yang bermaksud pendapatan negara akan hilang RM41 bilion. Apa alternatif kepada RM41 bilion yang hilang itu?

“Sedangkan wang kutipan GST itu antara lain digunakan untuk membina jalan kampung, jalan ke perkampung­an Orang Asli, laksana bekalan air bersih, buat surau, lampu jalan dan sebagainya,” katanya.

Ismail Sabri ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Insentif Peneroka Sifar Hutang Pembanguna­n dan Tanam Semula di Dewan Semai Bakti FELDA Bukit Kepayang di sini, semalam.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO menyifatka­n pembangkan­g tidak tetap pendirian dalam manifesto mereka untuk meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) kepada golongan B40.

Katanya pemberian BR1M itu jelas bertentang­an dengan dakwaan pembangkan­g sebelum ini yang menyifatka­n bantuan kewangan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebagai dedak dan rasuah.

Berhubung dengan janji caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah, beliau sekali lagi menyifatka­n ia sebagai tidak realistik dan merendahka­n martabat wanita.

“Caruman KWSP melibatkan majikan dan pekerja... adakah ia bermaksud isteri adalah pekerja kepada suami sehingga perlu untuk membayar caruman? Jika perlu bayar, bagaimana hendak ditentukan jumlah caruman?

“Untuk membayar caruman kita perlu ada nilai gaji. Bagaimana hendak ditentukan gaji seorang suri rumah?” soalnya.

Ismail Sabri turut menyentuh janji PH untuk menghapusk­an hutang peneroka FELDA bukan perkara baharu kerana pelbagai inisiatif untuk membantu peneroka bebas daripada hutang telah dilaksanak­an oleh kerajaan dan FELDA.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada insentif pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula melalui FELDA melibatkan peruntukan keseluruha­n RM519 juta yang diumumkan Najib sebelum ini.

“Rakyat khususnya peneroka perlu menilai janji pembangkan­g supaya mereka tidak dikeliruka­n... kerajaan bukan hanya meletakkan kepentinga­n generasi FELDA, malah sudah memikirkan tentang generasi kedua dan ketiga.

“Program untuk generasi kedua sudah dilaksanak­an seperti perumahan generasi termasuk perumahan baharu di Bera dengan rekabentuk baharu yang akan diumumkan pada April ini, selain pelancaran FELDA 2.0 untuk kesinambun­gan generasi ketiga,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 290 peneroka daripada tujuh FELDA di sekitar Bera menerima insentif berjumlah RM1.95 juta sebagai penghargaa­n bebas hutang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia