Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho perlu kekang Mohd Salah

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester United (MU) Jose Mourinho mempunyai tugasan yang sukar untuk mengekang pemain Liverpool Mohamed Salah apabila pasukan Jurgen Klopp melakukan kunjungan pada hujung minggu ini – dan hadiah yang ditawarkan adalah tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas Manchester City bimbingan Pep Guardiola hampir pasti akan memenangi kejuaraan, seteru barat laut MU dan Liverpool – dua kelab paling berjaya dalam bola sepak Inggeris – ditinggalk­an dengan sisa-sisa untuk mereka rebut. Kebangkita­n MU yang mengagumka­n selepas ketinggala­n 2-0 pada Isnin lepas untuk menewaskan Crystal Palace 3-2 memelihara kelebihan dua mata mereka yang kecil ke atas Liverpool dalam pertarunga­n bagi tempat naib juara di belakang pendahulu City.

Tanggungja­wab terletak di bahu Mourinho untuk mencabar pasukan pelawat di Old Trafford pada malam ini (Sabtu) tetapi pengurus Portugis itu, yang dikritik kerana mengawal ketat barisan penyerangn­ya, tidak mungkin akan bersikap sambil lewa.

Liverpool sudah menjaringk­an 20 gol dalam tujuh perlawanan mereka sebelum ini sebelum pasukan yang banyak diubah seri 0-0 dengan Porto pada pertengaha­n minggu ini, satu keputusan yang menjamin tempat pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun. — AFP

 ??  ?? GATLIN MOURINHO
GATLIN MOURINHO
 ?? — Gambar Reuters ?? JALANI PEMBEDAHAN: Neymar ketika menaiki pesawat untuk menjalani pembedahan di Brazil pada 4 Mac lalu.
— Gambar Reuters JALANI PEMBEDAHAN: Neymar ketika menaiki pesawat untuk menjalani pembedahan di Brazil pada 4 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia