Utusan Borneo (Sarawak)

Gatlin tumpas di Afrika Selatan

-

PRETORIA: Juara 100 meter dunia Justin Gatlin merasai kekalahan dalam lawatan pertamanya ke Afrika Selatan apabila pemecut tuan rumah Anaso J o b o d w a n a menewaskan­nya dalam acara 150 meter yang jarang diadakan di kejohanan Athletix Grand Prix di Pretoria kelmarin. “Jurulatih saya menyuruh saya untuk fokus kepada 100 meter pertama dan itulah apa yang saya mahu buat untuk keluar sahaja ke sana dan berlumba dengan baik bagi jarak 100 meter pertama dan cuba mengusahak­an prestasi saya bagi jarak 50 meter terakhir,” kata Gatlin yang melintasi g a r i s a n penamat di tempat keempat.

“Saya sepatutnya membuka musim saya pada Mei tetapi saya mesti merampas peluang untuk berlumba di sini di Afrika Selatan dan ia adalah masa yang istimewa bagi saya.

“Saya masih rasa sedikit letih kerana saya hanya berada di sini selama 48 jam, jadi saya harap pada tahun depan, saya dapat kembali lebih awal sedikit.”

Gatlin, yang digantung dua kali kerana doping, menamatkan perlumbaan jauh di tempat keempat dengan mencatatka­n masa 15.23 saat manakala Jobodwana mencatatka­n kemenangan mudah dalam masa 15.08 saat.

Ia adalah kali pertama atlet Afrika Selatan itu dapat menewaskan atlet Amerika berusia 36 tahun itu dalam perlumbaan ketiga mereka menentang satu sama lain.

Gatlin menamatkan perlumbaan di hadapan Jobodwana dalam acara 200 meter di Kejohanan Dunia IAAF 2015 di Beijing di mana atlet Amerika itu memenangi pingat perak dalam catatan masa 19.74 saat di belakang legenda Jamaica Usain Bolt, yang menang dengan catatan masa 19.55 saat dan kini sudah bersara.

Gatlin membalas dendam ke atas Bolt dalam acara 100 meter di kejohanan dunia pada tahun lepas di London di mana dia merosakkan perlumbaan terakhir bagi atlet Jamaica itu.

Dia memenangi kejuaraan dunia pertamanya dalam tempoh 12 tahun manakala rakan senegara Christian Coleman memenangi pingat perak, manakala Bolt terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Pada awal minggu ini, Gatlin berkata Bolt menjadikan­nya seorang atlet yang lebih bagus walaupun mereka bersaing sengit selama beberapa tahun terakhir.

“Berlumba dengan Usain menjadikan saya seorang atlet yang lebih bagus dan manusia yang lebih baik,” kata Gatlin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia