Utusan Borneo (Sarawak)

Neymar akan sempat pulih sebelum Piala Dunia: Jesus

-

LONDON: Penyerang Manchester City Gabriel Jesus percaya rakannya dalam pasukan kebangsaan Brazil, Neymar, akan sempat pulih sepenuhnya untuk memimpin usaha negaranya memenangi Piala Dunia keenam.

Neymar menjalani pembedahan di Brazil pada minggu lepas untuk memperbaik­i tulang patah dalam kakinya hanya lebih tiga bulan sebelum kejohanan itu bermula di Rusia.

Jesus merupakan penyerang gandingan Neymar ketika Brazil menempuh kelayakan selepas Tite mengambil alih tugas sebagai jurulatih pada Jun 2016.

“Neymar menghantar mesej kepada saya sejurus selepas kecederaan­nya,” kata Jesus.

“Saya memberitah­u dia bagaimana perasaan saya dan bagaimana pemulihan saya. Dia seorang pejuang dan segalanya akan menjadi baik.”

Bagaimanap­un Jesus mengakui dia akan mengambil masa untuk mengatasi ‘ketakutan’ bahawa masalah kecederaan yang berpotensi boleh menyebabka­nnya kehilangan tempat di Piala Dunia.

“Apabila kita dalam perlawanan, tanpa mengingink­annya, anda akhirnya memikirkan tentang perlawanan sebelum itu di mana anda mengalami kecederaan, kita rasa takut sedikit.

“Saya rasa saya masih bermain dengan sedikit ketakutan, ada beberapa pergerakan di mana saya masih ada sedikit kebimbanga­n mengenai mengalami kecederaan lagi.

“Saya tahu apa sahaja boleh berlaku tetapi saya pasti semakin kerap kita bermain, semakin cepat ketakutan itu akan lenyap.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia