Utusan Borneo (Sarawak)

Bagaimanap­un pelumba Ferrari itu menegaskan ia ‘tiada makna’ dalam ujian masa

-

MONTMELO: Juara dunia empat kali Sebastian Vettel memecah rekod pusingan di Montmelo dalam ujian Formula Satu kelmarin apabila dia mencatatka­n masa 1 minit 17.182 saat dalam kereta Ferrari tetapi menepisnya sebagai tidak signifikan.

Pemandu Jerman itu, yang melengkapk­an 188 pusingan, memperbaik­i masa terbaik sebelum itu yang dibuat hanya 24 jam sahaja terdahulu oleh Daniel Ricciardo dari Australia dalam kereta Red Bull.

“Masa pada hari-hari ujian ini tidak begitu bermakna,” kata Vettel.

“Perkara penting ialah kereta itu terbukti sangat kuat, yang membolehka­n kita untuk bergerak sepanjang hari tanpa sebarang masalah signifikan.

“Kami masih mengusahak­an beberapa perkara untuk perlumbaan pertama dan ia sebenarnya mustahil untuk membuat sebarang ramalan berdasarka­n prestasi pasukan lain, kerana semua orang menjalanka­n program berlainan.”

Juara dunia Lewis Hamilton dan rakan dalam pasukan Mercedes, Valterri Bottas masing-masing menduduki tempat kelapan dan kesembilan dengan 1:19.296 dan 1:19.532.

Sama seperti Vettel, Hamilton enggan melihat ujian pramusim sebagai gambaran yang berpotensi bagi apa yang berada di hadapan dalam kejohanan dunia yang bermula di Australia dalam tempoh lebih dua minggu lagi.

“Litar sangat berbeza daripada dahulu kerana mereka telah menurapnya semula,” jelas Hamilton.

“Jadi ia sukar untuk tahu

Masa pada hari-hari ujian ini tidak begitu bermakna. Perkara penting ialah kereta itu terbukti sangat kuat, yang membolehka­n kita untuk bergerak sepanjang hari tanpa sebarang masalah signifikan. Sebastian Vetyel Pelumba pasukan Ferrari

apa makna semua pengalaman itu apabila kami sampai di Melbourne nanti. Tetapi, saya memang rasa bahawa kami sedang bergerak ke arah yang positif.”

Pemandu Red Bull, Max Verstappen, mencatatka­n masa terbaik yang biasa iaitu 1:19.842 dalam 187 pusingan, kedua paling perlahan pada hari itu selepas pemandu memilih untuk fokus kepada ‘set-up’.

“Hari ini ialah mengenai membuat banyak pusingan, banyak pusingan,” kata Verstappen.

“Fokus bagi kami pada hari ini ialah larian lama dan k e r e t a itu rasa bagus. Ti-

 ?? — Gambar AFP ?? TERNYATA PANTAS: Vettel ketika menyertai sesi ujian masa menjelang musim Formula Satu di Litar Catalunya di Montmelo, Barcelona.
— Gambar AFP TERNYATA PANTAS: Vettel ketika menyertai sesi ujian masa menjelang musim Formula Satu di Litar Catalunya di Montmelo, Barcelona.
 ??  ?? VETTEL
VETTEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia