Utusan Borneo (Sarawak)

Federer nekad buru banyak lagi kejuaraan

-

ada masalah dengan kereta dan saya gembira dengan kepantasan­nya. Kami memang dapat bekerja dari sini. Sama ada ia cukup bagus ataupun tidak, kita perlu tunggu dan lihat.” Semalam merupakan hari terakhir bagi ujian pramusim sebelum kejohanan dunia 2018 bermula di Melbourne pada 25 Mac. — AFP INDIAN WELLS: Roger Federer berkata walaupun dia sudah merampas semula ranking No. 1 dunia dan memenangi kejuaraan Grand Slam ke-20 dalam kariernya pada Januari lalu, dia masih ada banyak perkara untuk dibuktikan dalam Jelajah ATP.

“Kita sentiasa ada. Walaupun saya mahu memberitah­u anda ‘ ia tidak penting bagaimana saya bermain di sini’, saya tidak datang ke sini untuk kalah pada pusingan pertama,” kata Federer kelmarin.

“Walaupun tekanan nampak sedikit, tekanan sentiasa ada ke atas pemain terkemuka.

“Anda sentiasa menjadi pusat perhatian dan jangkaan ada di sana.

“Saya sudah tentulah berada di tempat yang baik. Saya juga rasa bahawa saya tidak ada banyak perkara untuk dibuktikan pada hari ini berbanding pada masa lalu, tetapi itu bukan bermakna saya tidak begitu mengingink­annya. Saya perlu mempunyai dorongan itu untuk berjaya.”

Federer bercakap sebelum perlawanan pembukaann­ya di kejohanan tenis ATP Masters di Indian Wells.

Legenda Swiss berusia 36 tahun itu terus melanggar proses penuaan apabila dia memenangi mahkota Terbuka Australia keenam dua bulan lalu.

Juara bertahan itu menikmati permulaan yang sempurna kepada tahun 2018, memenangi kejohanan di Melbourne dan Terbuka Rotterdam, dan membawa jumlah kejuaraan perseorang­an dalam kariernya kepada 97.

“Kita memang mengambil berat tentang waktu tertentu. Kita memang mengambil berat tentang peminat, apa yang mereka fikirkan dan bagaimana mereka menggambar­kan kita. Kita mengambil berat tentang keputusan,” katanya.

Federer akan mula mempertaha­nkan kejuaraann­ya di Indian Wells dengan bermain dalam perlawanan pusingan kedua menentang sama ada pemain Amerika Ryan Harrison atau Federico Delbonis dari Argentina.

Federer memasuki acara elit itu sebagai pemain nombor satu ATP yang paling tua dalam sejarah.

Dalam era Terbuka, hanya pemain Amerika Jimmy Connors sahaja yang telah memenangi lebih banyak kejuaraan daripada Federer, dengan 109.

Federer sudah menghabisk­an rekod 306 minggu di tempat No. 1. Dia merampas semula penghormat­an itu beberapa minggu lepas di Rotterdam dan akan kekal di tempat No. 1 jika dia mara ke peringkat separuh akhir di Indian Wells.

Dia berkata semakin dia berusia, semakin dia menghargai ranking teratas.

“Perasaan setelah saya kembali ke No. 1 adalah lebih mendalam dan memuaskan kerana apabila kita tua, kita tahu betapa banyak usaha yang kita berikan,” katanya.

“Pada 2004 ketika saya akhirnya sampai ke No. 1, ia melegakan kerana saya telah mensia-siakan peluang saya sebelum itu di Montreal apabila saya tewas kepada (Andy) Roddick. Saya fikir, aduh, saya harap saya dapat sampai ke nombor satu di dunia suatu hari nanti.

“Apabila saya akhirnya mendapatny­a, saya hanya rasa seakanakan saya mungkin berhak mendapatny­a. Saya sudah banyak bermain.”

Federer berkata kembali ke tempat teratas merupakan motivasi besar di Rotterdam.

“Ini berbeza kerana saya pergi untuk mengejarny­a. Segalanya mengenai pemain No. 1 dunia ketika saya pergi ke Rotterdam dan memenangin­ya di sana, kemudian pulang dan meraikanny­a. Jadi ia rasa lain, ya.”

Pemain Swiss itu mempunyai rekod 64- 5 dengan sembilan kejuaraan sejak dia kembali pada 2017 daripada kecederaan lutut kiri.

Juara lima kali di Indian Wells, dia memenangi kejohanan ini tiga tahun berturut- turut bermula pada 2004. Kemenangan­nya yang lain diperolehi pada 2012 dan 2017.

Bukan Federer seorang yang memburu mahkota keenam di Indian Wells. Novak Djokovic dari Serbia, yang kembali buat pertama kali ke Jelajah ini sejak Terbuka Australia, juga merupakan juara lima kali di Indian Wells. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia