Utusan Borneo (Sarawak)

LBR: Kuching Gedong-Gators enggan angkat bendera putih

-

KUCHING: Kuching Gedong- Gators enggan mengangkat bendera putih terlalu awal dalam perebutan slot ke suku akhir kempen Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Peringkat Kebangsaan.

Jurulatihn­ya, Helearn Wilfred berkata apa-apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak dan percaya peluang pasukannya masih terbuka dengan syarat mereka perlu menewaskan pendahulu liga, Tawau pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D petang ini.

Di atas kertas, Miri dengan tujuh mata berbanding Kuching dengan enam mata lebih berkelebih­an untuk mara jika berjaya menewaskan Keningau dalam satu lagi perlawanan.

“Ini adalah perlawanan ‘hidup mati’ kita dalam kempen kali ini. Jika ada rezeki, kita akan mengiringi Tawau ke peringkat suku akhir.

“Apapun, perkara itu soal kedua. Fokus utama kita ketika ini menewaskan Tawau sambil berharap keputusan satu lagi perlawanan memberi kelebihan kepada kita,” katanya di sini semalam.

Menurut Helearn, beliau menjangkak­an laluan getir dihadapi anak-anak buahnya untuk mengatasi Tawau yang pastinya mahu mengekalka­n rekod bersih dalam kempen peringkat kumpulan.

Justeru, beliau mahukan aksi lebih mantap dan konsisten sepanjang 90 minit daripada pemain- pemainnya untuk mengekang kemaraan pemainpema­in lawan.

Selain itu, beliau juga menggesa jentera seranganny­a supaya bijak memanfaatk­an setiap peluang terbaik untuk menjaringk­an gol.

“Semua pemain telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan Tawau. Kita akan mempertaru­h skuad terkuat dalam misi mengutip tiga mata penuh.

“Ini peluang terakhir kita. Gunakan kesempatan ini dan bermain dengan bersungguh­sungguh untuk menghidupk­an peluang ke peringkat suku akhir,” kata Helearn.

Pertembung­an kedua-dua pasukan bermula jam 4.15 petang di Stadium Sarawak, Petra Jaya, Kuching.

 ??  ?? PENENTU: Nasib Kuching Gedong-Gators pada kempen Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017-2018 bakal ditentukan petang ini.
PENENTU: Nasib Kuching Gedong-Gators pada kempen Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017-2018 bakal ditentukan petang ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia