Utusan Borneo (Sarawak)

Bersedia untuk aksi hebat Mr Sibu pada 8 April ini

-

SIBU: Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu (SDBWA) membuka penyertaan Kejohanan Mr Sibu 2018 berlangsun­g di Dewan Rafflesia, RH Hotel di sini pada 8 April ini, bermula jam 2 petang.

Presiden SDBWA, Chia Soon Cheong berkata pertanding­an itu terbuka kepada semua penggiat sukan ini dari Sibu, Sarikei, Kapit, Rajang, Mukah, Balingian, Tanjung Manis dan sekitar Zon Tengah Sarawak.

Enam kategori dipertandi­ngkan — empat di bawah bina badan iaitu novice (bakat baharu), bawah 65kg, 65.1— 70kg dan 70.1kg ke atas dan dua di bawah athletic physique iaitu 170 sentimeter ke bawah dan 170 sentimeter ke atas.

“Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada peserta. Mereka yang beraksi dengan baik pada Mr Sibu 2018 dipilih mewakili zon ini pada Mr Sarawak, 14 April ini di Kuching.

“Kami menjemput Pengerusi Jawatankua­sa Rancangan Sibu I, Datuk Wong Kee Yew sebagai tetamu kehormat bagi majlis pembukaan Mr Sibu 2018,” kata Chia, semalam.

Sesi timbang berat dan sukat ketinggian juga dijalankan pada tarikh sama di Dewan Sunflower RH Hotel bermula jam 9 pagi.

Borang-borang penyertaan boleh didapati di pejabat Sibu Gym tingkat bawah Dewan Suarah Sibu.

Untuk maklumat lanjut hubungi Chia di talian 0168861015 atau Setiausaha SDBWA, Martin Voon (0168895600).

 ??  ?? SERTAI KAMI: Chia (empat kanan) bersama ahli-ahli jawatankua­sa SDBWA menunjukka­n cetakan risalah bagi mempromosi Mr Sibu 2018.
SERTAI KAMI: Chia (empat kanan) bersama ahli-ahli jawatankua­sa SDBWA menunjukka­n cetakan risalah bagi mempromosi Mr Sibu 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia