Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik Juara Futsal Milo 2018 ditunda kepada 31 Mac

-

SIBU: Klinik Juara Futsal Milo (KJFM) 2018 sepatutnya bermula pada 17 Febuari lalu ditunda kepada 31 Mac ini, di Stadium Bukit Lima Sibu.

Jurulatih klinik itu, Halel Mohd Ibrahim berkata tarikh penundaan itu berikutan Bengkel Klinik Juara Milo X FCB Escola berlangsun­g 6 dan 7 Mac lalu di Kuala Lumpur.

“Rata-rata jurulatih klinik (KJFM) menyertai bengkel itu dan kita terpaksa menunda klinik ini ke suatu tarikh lain,” katanya di sini semalam.

Menurut Halel, sehingga kini seramai 24 peserta mendaftar menyertai KJFM dan penyertaan dihadkan kepada 30 peserta sahaja.

“Penyertaan klinik ini terbuka kepada kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 11 tahun,” ujarnya sambil menambah klinik itu dijalankan dalam lapan sesi.

Selain Sibu, KJFM turut diadakan di Johor, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Kuala Lumpur, Kuching, Miri dan Mukah.

Halel berkata, semua modul latihan disediakan oleh ketua jurulatih futsal Malaysia.

“Bagi yang berminat, masih boleh mendaftar berserta yuran pendaftara­n sebanyak RM60,” katanya sambil memberitah­u setiap peserta akan diberi bajuT, minuman Milo, sijil dan medal.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Halel (013-8117850), Alex (0198777936) dan Nor Hanifah (012-8933101).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia