Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad pelapis Sarawak terus beri tekanan

-

KUCHING: Skuad pelapis Sarawak terus memberi tekanan dalam pemburuan kelompok tiga pasukan teratas Piala Presiden 2018.

Ia susulan kejayaan mengikat PKNS FC, 1- 1 pada pertembung­an Kumpulan B di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya petang kelmarin.

Ia sekali gus membolehka­n skuad kendalian Abdol Wahet Uji itu mengumpul tujuh mata daripada empat perlawanan untuk menduduki tangga ketiga ketika ini.

Pemain muda dari Limbang, Mohd Azrul Azrin Matusin muncul penyelamat Sarawak dengan meledakkan jaringan penyamaan pada minit ke-39 selepas PKNS FC mendahului seawal minit ke-11.

Meskipun berjaya mencuri satu mata, Penolong Pengurusny­a, Abang Fomay Abang Sa’adeli kurang berpuas hati dengan persembaha­n anakanak buahnya.

“Kita sepatutnya boleh me- menangi perlawanan ini jika pemain- pemain bijak memanfaatk­an deretan peluang untuk menjaringk­an gol.

“Beberapa peluang terbaik gagal diterjemah­kan dengan baik oleh barisan penyerang kita,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurut Abang Fomay, corak permainan Sarawak yang terlalu membuka ruang kepada pemain-pemain lawan menjadi punca mereka dibolosi seawal permainan.

“Ini ditambah pula den- gan beberapa kontrovers­i daripada pengadil perlawanan. Apapun, syabas kepada semua pemain kerana berjaya mengekalka­n momentum memastikan kita tidak keciciran mata berharga.

“Saya berharap semua pemain dapat meningkatk­an corak dan mutu permainan pada perlawanan seterusnya,” kata beliau.

Sarawak akan menentang UiTM FC pada Isnin ini (12 Mac) di Stadium Sarawak, Petra Jaya, Kuching.

 ??  ?? TONGGAK: Barisan kesebelasa­n utama skuad Sarawak B diturunkan pada perlawanan kelmarin.
TONGGAK: Barisan kesebelasa­n utama skuad Sarawak B diturunkan pada perlawanan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia