Utusan Borneo (Sarawak)

Naikkan nama

-

PENYANYI solo lelaki yang hanya mahu dikenali ‘UlatBulu Man’, muncul buat pertama kali pada tahun ini dengan lagu ciptaannya bersama seorang teman iaitu lagu ‘Puisi Buat Perompak’.

Sejak memuat naik videonya berpakaian seperti adiwira dan menggelark­an diri ‘UlatBulu Man’ pada laman YouTube 28 Feb lepas, beliau kini tidak menang tangan menerima undangan untuk membuat persembaha­n.

Beliau yang bernaung di bawah syarikat rakaman Tunable Records Bhd, memilih merahsiaka­n identiti dirinya dan berharap dapat diterima peminat, katanya yang ditemui Bernama selepas menjadi tetamu program Nine 11, terbitan Bernama News Channel (BNC) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya buat ni bukan untuk populariti sematamata, tetapi mahu mewujudkan kelainan sambil menyanyi,” katanya.

Katanya nama UlatBulu Man dipilih bagi mengetenga­hkan imej adiwira Malaysia yang baharu.

“Sebelum ini kita ada Kluang Man sebagai adiwira, tetapi saya hendak bawa watak lain daripada yang lain iaitu adiwira yang boleh menyanyi,” katanya.

Menyentuh mengenai ‘Lagu Puisi Buat Perompak’, UlatBulu Man berkata kejadian meragut dan merompak yang sering berlaku di negara ini telah memberinya idea untuk menghasilk­an sebuah lagu berbentuk nasihat kepada orang ramai.

Beliau berharap lagu bergenre pop rock hasil ciptaan komposer tempatan, Oja, dengan liriknya dihasilkan bersama serta diterbitka­n Tunable Record Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd itu dapat menyampaik­an mesej positif kepada pendengar khususnya kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Beliau yang menerima pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, merancang untuk menyanyika­n lagu ini dalam bahasa Mandarin, jika sambutan dalam bahasa Melayu menggalakk­an.

Menyentuh mengenai kostumnya, katanya ia adalah hasil cetusan idea daripada rakanrakan­nya dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan baju itu menyerupai imej ulat bulu yang ingin diketengah­kannya.

— Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia