Utusan Borneo (Sarawak)

Pelakon Korea Selatan dituduh lakukan serangan seksual ditemui mati

-

SEOUL: Seorang pelakon Korea Selatan yang dituduh melakukan serangan seksual telah dijumpai mati semalam, kata laporan, selepas gelombang tuduhan # MeToo melanda masyarakat negara itu yang masih didominasi kaum lelaki.

Jo Min- ki, yang dituduh mencabul sekurangku­rangnya lapan mangsa, dijumpai mati di rumahnya di Seoul, agensi berita Yonhap memetik polis sebagai berkata, sambil menambah dia disyaki membunuh diri.

Kebanyakan mangsanya adalah pelajar drama di sebuah universiti wilayah di mana dia mengajar, katanya, dan menambah pelakon berusia 52 tahun itu telah dipecat daripada jawatan profesor berhubung skandal itu, sekali gus memusnahka­n kariernya.

Kebanyakan lakonannya adalah dalam siri televisyen, tetapi dia juga berlakon dalam beberapa filem.

Pergerakan #MeToo semakin bertapak di Korea Selatan, yang masih konservati­f dari segi sosial dan mengamalka­n patriarki dalam banyak aspek walaupun ia maju dari segi ekonomi dan teknologi.

Dakwaan tentang pencabulan telah dibuat terhadap lelaki terkemuka dalam bidang daripada politik hingga kepada kesenian.

Pada awal minggu ini, gabenor wilayah dan bekas calon presiden Ahn Hee Jung meletak jawatan selepas seorang pembantu menuduhnya melakukan beberapa pencabulan.

Pembantu itu tidak tahan lagi apabila Ahn memanggiln­ya ke pejabatnya pada malam 25 Februari lepas dan memohon maaf kerana menyakitin­ya, sambil bercakap mengenai pergerakan #MeToo di negara itu, katanya kepada seorang penemu ramah televisyen.

“Dan kemudian dia merogol saya sekali lagi,” katanya sambil menahan tangisan.

Ahn menyerah diri kepada pendakwa raya semalam untuk disoal siasat, sambil memohon maaf dan berkata dia akan bekerjasam­a dengan siasatan.

Ia adalah kejatuhan yang menakjubka­n – Ahn dahulu merupakan gabenor wilayah Chungcheon­g Selatan dan menduduki tempat kedua di belakang presiden sekarang Moon Jae In dalam pertanding­an untuk pencalonan presiden Parti Demokrat pada tahun lepas.

Jawatan gabenor dilihat sebagai batu loncatan untuk menjadi presiden dan dia telah disebut- sebut sebagai calon utama di kalangan golongan liberal untuk menggantik­an Moon, yang dapat berkhidmat hanya untuk satu penggal sahaja.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada rakyat dan penduduk wilayah,” kata Ahn di luar pejabat pendakwa raya, ketika lampu kamera berkerlipa­n.

“Saya juga memohon maaf kepada isteri dan anakanak saya,” ujarnya tetapi dia tidak pula memohon maaf kepada penuduhnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia