Utusan Borneo (Sarawak)

Jepun hukum mati lelaki Peru tikam mati enam orang

-

TOKYO: Seorang lelaki Peru didapati bersalah kerana membunuh enam orang di Jepun semasa kejadian pembunuhan pada 2015 telah dijatuhkan hukuman mati semalam, menurut jurucakap mahkamah.

Vayron Jonathan Nakada Ludena ditangkap pada 2015 selepas enam orang ditemui ditikam sehingga mati di sebuah kawasan kejiranan berhampira­n Tokyo.

Mahkamah daerah Saitama mendapati dia bersalah kerana membunuh seorang ibu berusia 41 tahun dan dua anak perempuann­ya, berusia 10 dan tujuh tahun, termasuk seorang wanita berusia 84 tahun, dan satu pasangan dalam lingkungan usia 50-an.

Mayat mangsanya telah semua ditemui di rumah mereka di sebuah subbandar yang biasanya senyap di Kumagaya, timur laut Tokyo.

Lelaki berusia 32 tahun itu mula melakukan pembunuhan selepas melarikan diri dari sebuah balai polis di mana dia disoal siasat atas tuduhan menceroboh.

Peguamnya telah memohon dia dibebaskan dalam perbicaraa­n pembunuhan itu, menegaskan bahawa dia menghidap schizophre­nia dan tidak kompeten dari segi mental bagi perbicaraa­n, lapor penyiaran rasmi NHK.

Perbicaraa­n telah menarik minat ramai orang awam di Jepun, yang memiliki kadar jenayah yang rendah, dan NHK melaporkan kira-kira 500 telah berbaris seawal semalam bagi menyaksika­n penjatuhan hukuman.

Menurut sumber di beberapa pejabat rekod identiti di Peru, Nakada Ludena adalah adik lelaki kepada Pablo Nakada Ludena, digelar sebagai “The Apostle of Death,” yang telah membunuh seramai 25 orang di Peru di antara 2000 dan 2006.

Pablo Nakada Ludena telah didiagnos dengan paranoid schizophre­nia dan cuba membunuh diri. Dia ditahan di sebuah penjara psikiatrik di bandar utama Lima di Peru sejak 2007. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia