Utusan Borneo (Sarawak)

Juri perbicaraa­n pengebom stesen kereta api London dengar keterangan mangsa

-

LONDON: Ahli juri dalam perbicaraa­n seorang defendan yang didakwa pengebom London Undergroun­d kelmarin ditunjukka­n replika alat yang gagal berfungsi tetapi masih mencederak­an 30 orang, dan mendengar mangsa menggambar­kan “bebola api” yang berlaku dalam sebuah gerabak kereta api pada September lalu.

Ahmed Hassan, seorang pencari suaka Iraq berusia 18 tahun yang dituduh melancarka­n serangan yang gagal itu, menghadapi perbicaraa­n di ibu negara Britain.

Pegawai bahan letupan Andrew Gee, yang bertanggun­gjawab mematikan alat itu di tempat kejadian dekat stesen Parsons Green di barat London, memberitah­u mahkamah bahawa dia menggunaka­n alat yang dipegang dengan tangan untuk memeriksa bahan letupan.

Dia berkata bom itu – sejenis bahan putih yang disimpan dalam sebuah baldi di dalam sebuah beg plastik – didaftarka­n sebagai sebatian kimia TATP.

“Dalam kejadian ini, kita ada serangan pada asasnya dalam masa 10-15 saat,” kata Gee kepada mahkamah, dan memberitah­u ia boleh memakan masa lima minit untuk mengenali sesuatu bahan.

Ahli juri ditunjukka­n replika alat buatan sendiri yang didakwa ditinggalk­an oleh Hassan di atas kereta api, dengan gula yang digunakan sebagai pengganti bagi bahan letupan itu dan serpihan palsu disimpan di dalamnya.

Terdahulu Stephen Nash memberitah­u ahli juri bahawa dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja apabila dia mengalami “pancaran yang amat terang” sebelum “diselubung­i api”.

“Saya terjatuh di atas tanah,” katanya. “Api begitu kuat sekali. Ia amat panas, saya sangka saya sudah hilang telinga saya, saya sangka kepala saya terbakar.”

Komuter Aimee Colville berkata dia terdengar bunyi “letupan kuat” dan bunyi “pecah” sebelum “dinding kaca melintas”.

“Pada pagi itu saya telah mengeritin­g rambut saya dan memakai semburan rambut, jadi apabila api menyelubun­gi saya, rambut saya segera terbakar,” ujarnya.

Pendakwa raya Alison Morgan berkata hanya “tuah” sahaja yang menghalang bom itu daripada meletup sepenuhnya.

Hassan tiba di Britain pada Oktober 2015. Dia memberitah­u pihak berkuasa bahawa dia takut kepada kumpulan Negara Islam ( IS) dan ia telah mengambiln­ya secara paksa dan melatihann­ya “cara membunuh” ketika dia berada di Iraq.

Dia menafikan cuba membunuh dan menyebabka­n letupan dalam sebuah kereta api yang penuh sesak pada 15 September lalu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia