Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Jepun siasat kemungkina­n pegawai biro kementeria­n kewangan bunuh diri

-

TOKYO: Polis Jepun sedang menyiasat kemungkina­n tindakan bunuh diri dalam kematian seorang pegawai di sebuah biro kementeria­n kewangan yang mengendali­kan urus niaga tanah di tengahteng­ah skandal kronisme yang mengancam populariti Perdana Menteri Shinzo Abe, menurut media semalam.

Kecurigaan bahawa seorang pentadbir sekolah mempunyai hubungan dengan isteri Abe, Akie, mendapat perjanjian lumayan untuk tanah bagi sebuah sekolah di bandar Osaka telah menjejaska­n populariti perdana menteri pada tahun lepas dan pembangkan­g menambahka­n tekanan terhadap Abe selepas dokumen dikeluarka­n oleh sebuah kementeria­n gagal menghapusk­an kecurigaan bahawa beberapa daripadany­a telah dipalsukan.

Seorang pekerja kementeria­n kewangan di wilayah barat di mana sekolah itu terletak telah ditemui meninggal dunia di kediamanny­a pada 7 Mac dan polis sedang menyiasat ia sebagai tindakan bunuh diri, lapor agensi berita Kyodo dan Jiji.

Jurucakap polis menolak untuk memberikan komen.

Ditanya mengenai laporan bagi kemungkina­n bunuh diri, Menteri Kewangan Taro Aso memberitah­u wartawan: “Saya telah mendengar tentang perkara tersebut.”

Bekas ketua pentadbir sekolah dan isterinya ditangkap pada Julai kerana disyaki menerima subsidi secara haram.

Abe, dalam tahun keenamnya memegang jawatannya dan mengharapk­an tam- bahan selama tiga tahun dari September, kelihatan telah mengetepik­an perkara tersebut dengan kemenangan besar pilihan raya bagi kumpulan pemerintah pada Oktober.

Namun parti pembangkan­g memanaskan semula keadaan selepas akhbar Asahi melaporkan beberapa dokumen mengenai penjualan tanah mungkin telah dipalsukan. Itu menyusuli pendedahan bahawa kementeria­n kewangan telah menyimpan dokumen yang pihak berkuasa kata tidak lagi wujud. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia