Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan Maghribi dibicara untuk kes serangan seksual

-

CASABLANCA: Perbicaraa­n terhadap seorang wartawan Maghribi dituduh melakukan serangan seksual bermula kelmarin, dengan pembicaraa­n pembukaan didominasi oleh perdebatan hangat mengenai ketidakhad­iran penuduhnya.

Lapan plaintif menuduh Taoufiq Bouachrine dengan tuduhan termasuk penyeludup­an manusia, keganasan seksual, salah guna kuasa bagi tujuan seksual, merogol dan cubaan merogol, menurut pihak berkuasa kehakiman.

Perbicaraa­n, diadakan di sebuah mahkamah yang penuh sesak di divisyen jenayah dalam mahkamah rayuan Casablanca, mengalami kebuntuan dengan ketidakhad­iran mangsa Bouachrine.

Beberapa peguam kepada penerbit berusia 49 tahun bagi akhbar bebas berbahasa Arab Akhbar Al-Yaum telah mengecam prosiding sebagai “bersifat politik dan tidak adil”, dan menyeru kepada penuduhnya agar memberikan bukti kepada mahkamah. Pihak pendakwaan menegaskan kepentinga­n dalam “memastikan perlindung­an” terhadap plaintif, menyatakan mereka telah “menerima ancaman.”

Mereka ingin mendapatka­n penangguha­n dan hakim telah bersetuju, menangguhk­an prosiding sehingga 15 Mac.

Penahanan pada 23 Februari terhadap wartawan dan penerbit yang lantang bersuara, dikenali dengan rencananya yang bersikap kritikal mengenai pihak berkuasa, telah menjadi berita muka depan di Maghribi.

Perbicaraa­n merogol adalah jarang berlaku di Maghribi, kerana mangsa bimbang terhadap kesan sosial dalam sebuah masyarakat yang masih lagi bersifat konservati­f.

Kerajaan melarang hubungan seksual tanpa nikah.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PERBICARAA­N BERMULA: Mohamed Ziane (tengah), peguam bela kepada Bouachrine, tiba sebelum perbicaraa­n bermula di mahkamah di Casablanca kelmarin.
— Gambar AFP PERBICARAA­N BERMULA: Mohamed Ziane (tengah), peguam bela kepada Bouachrine, tiba sebelum perbicaraa­n bermula di mahkamah di Casablanca kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia