Utusan Borneo (Sarawak)

FARC tarik diri dari pilihan raya presiden

Selepas calonnya, bekas ketua gerila Rodrigo ‘ Timochenko’ Londono, mengalami serangan jantung

-

BOGOTA: Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia ( FARC) kelmarin mengumumka­n ia akan menarik diri dari pertanding­an presiden di negara ini selepas calonnya, bekas ketua gerila berusia 59 tahun Rodrigo “Timochenko” Londono, mengalami serangan jantung.

Ivan Marquez, seorang calon senat dan anggota kanan bagi parti politik yang dibentuk oleh bekas pemberonta­k FARC, memberitah­u wartawan bahawa anggota parti memutuskan untuk tidak menghantar seorang calon selepas Londono menjalani pembedahan jantung terbuka pada Rabu lepas.

Sejak perjanjian damai dimeterai dengan kerajaan Presiden Juan Manuel Santos pada lewat 2016, FARC telah meninggalk­an perjuangan bersenjata mereka selama setengah abad dan menjadi sebuah parti politik serta mengekalka­n nama singkatan yang sama.

Pilihan raya presiden Colombia telah dijadualka­n pada 27 Mei, dengan undian dijangka diadakan pada pertengaha­n Jun.

Tinjauan menunjukka­n bahawa Londono – calon bagi Pasukan Revolusi Alternatif Bersama – hanya memiliki sokongan pengundi sebanyak satu peratus.

Bagaimanap­un Marquez menyatakan partinya tidak menarik diri dari pilihan raya perundanga­n dijangka pada Ahad ini.

Di bawah perjanjian damai bekas pemberonta­k telah diberikan jaminan bahawa sekurang-kurangnya 10 daripada 260 kerusi kongres yang terdapat dalam pilihan raya 11 Mac. Mereka boleh mendapatka­n lebih banyak lagi, namun mereka harus berkempen untuknya.

Londono mengalami serangan jantung pada minggu lepas semasa penghujung rutin latihan hariannya. Beliau mengalami masalah kesihatan yang serius sebelum ini: pada 2015 beliau mengalami serangan jantung di Cuba ketika berunding untuk perjanjian damai, dan pada Julai 2017 beliau mengalami serangan angin ahmar yang kecil.

Para doktor pada minggu ini turut mendapati bahawa Londono mengalami “penyakit pulmonari kronik,” termasuk masalah arteri otak yang tersumbat.

“Pemulihan beliau akan mengambil masa beberapa minggu,” kata calon Senat FARC Carlos Antonio Lozada.

Bagaimanap­un bekas ketua pemberonta­k sedang menjalani pemulihan yang “memuaskan” selepas pembedahan jantung, menurut Marquez.

Presiden Colombia Juan Manuel Santos menyatakan pengundura­n FARC sebagai “sangat difahami”.

“Ia adalah difahami, antara perkara lain disebabkan oleh pembedahan jantung terbuka – yang mana saya berpuas hati ia berjalan dengan lancar – merupakan satu prosedur besar,” jelas beliau.

Marquez tidak menyatakan siapa – sekiranya sesiapa – FARC akan menyokongn­ya dalam pilihan raya presiden.

Marquez menegaskan semula permintaan partinya bagi sebuah “kerajaan peralihan” yang akan menjamin pelaksanaa­n perjanjian damai.

“Tidak terlibat secara lang- sung dalam pilihan raya presiden tidak bermakna bahawa kami akan berhenti menyatakan pendapat kami terhadap calon lain,” kata Marquez.

Calon timbalan presiden Londono, Imelda Daza, menyatakan bahawa sejak perjanjian damai ditandatan­gani lebih 50 bekas pemberonta­k atau ahli keluarga bekas pemberonta­k telah dibunuh.

Di bawah perjanjian damai, FARC – pernah menjadi kumpulan pemberonta­k paling berpengaru­h di Amerika Latin – menyerahka­n senjata daripada 7,000 pejuangnya dalam langkah untuk menyertai proses politik yang sah, telah bersetuju untuk mengaku bagi jenayah perang dan membayar pampasan kepada mangsa.

Ini telah menimbulka­n kemarahan ramai rakyat Colombia, terutama pihak sayap kanan, yang berikrar untuk memenangi pilihan raya presiden dan mengubah perjanjian damai.

Tinjauan pendapat terbaharu menunjukka­n calon konservati­f Ivan Duque dari parti Centro Democratic­o telah mendahului pilihan raya presiden. Partinya yang diketuai oleh bekas presiden Alvaro Uribe, seorang penentang kuat terhadap perjanjian damai FARC.

Duque telah diikuti oleh calon haluan kiri Gustavo Petro, dan bekas datuk bandar Medellin Sergio Fajardo.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TARIK DIRI: Pegawai polis berkawal ketika pemimpin FARC mengadakan sidang media di Bogota kelmarin untuk mengumumka­n calonnya, Londono, menarik diri daripada pilihan raya presiden kerana mengalami serangan jantung.
— Gambar AFP TARIK DIRI: Pegawai polis berkawal ketika pemimpin FARC mengadakan sidang media di Bogota kelmarin untuk mengumumka­n calonnya, Londono, menarik diri daripada pilihan raya presiden kerana mengalami serangan jantung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia