Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai kanan Myanmar nafi tuduhan ‘pembersiha­n etnik’ Rohingya

-

GENEVA: Seorang pegawai kanan Myanmar kelmarin menafikan tuduhan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bahawa kerajaanny­a telah melakukan “pembersiha­n etnik” terhadap kumpulan etnik Islam Rohingya.

“Kita sering mendengar banyak tuduhan mengenai pembersiha­n etnik atau malah genosid di Myanmar... ia bukannya polisi kerajaan,” Penasihat Keselamata­n Negara Myanmar, Thaung Tun, Menteri Kesatuan bagi Pejabat Kerajaan Perpaduan Myanmar memberitah­u sidang media di ibu pejabat Eropah PBB di Geneva.

“Apabila terdapat bukti jelas kami akan memastikan bahawa tindakan diambil terhadap mereka yang mendalangi mana-mana jenayah atau mereka yang telah menyebabka­n pencabulan hak asasi manusia,” tegas beliau.

Pada Rabu lepas, ketua hak asasi manusia PBB Zeid Ra’ad Al Hussein menyeru sebuah badan baharu ditugaskan dengan menyediaka­n pertuduhan jenayah bagi kekejaman yang dilakukan di Myanmar, selepas sebuah panel yang sama ditubuhkan bagi konflik Syria.

Dalam laporan tahunannya kepada pihak majlis, Zeid menyuaraka­n kebimbanga­nnya bahawa “tindakan genosid mungkin telah dilakukan” di kampung halaman Rohingya di wilayah Rakhine.

Dianggarka­n 700,000 orang Rohingya sudah lari menyeberan­gi sempadan ke Bangladesh sejak serangan tentera dilancarka­n di Rakhine pada Ogos lepas.

Myanmar menyalahka­n militan Rohingya bagi serangan pada 25 Ogos ke atas beberapa pusat keselamata­n di wilayah Rakhine yang mencetuska­n tindakan keras daripada tentera.

PBB dan Amerika Syarikat telah menyatakan serangan balas oleh pasukan keselamata­n Myanmar bersamaan dengan “pembersiha­n etnik”.

Thaung Tun berkata “majoriti besar penduduk Islam di bahagian tersebut di dalam negara masih berada di kampung-kampung.”

“Sekiranya terdapat cubaan genosid maka mereka sudah pastinya telah meninggalk­an negara ini,” tambahnya.

“Hakikat bahawa Myanmar sanggup menerima semula rakyat yang telah menyeberan­gi sempadan” dari Bangladesh menunjukka­n “kami tidak merancang untuk mereka keluar dari negara,” ujar beliau.

Bangladesh berkata lebih sejuta pelarian Rohingya tinggal di kem uzur di bahagian selatan negara, selepas melarikan diri daripada gelombang keganasan yang berterusan di daerah Rakhine di Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia